• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kanak-Kanak Di Miri Kantoi Curi Pod, Respon Netizen Tidak Pernah Mengecewakan

Oleh
ILB - AI
28 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Kanak-kanak mencuri dan kantoi!

Kanak-Kanak Di Miri Kantoi Curi Pod, Respon Netizen Tidak Pernah Mengecewakan. Biar betul kanak-kanak mencuri? Kanak-kanak bawah umur mencuri dan barang kecurian bukan barang yang kebiasaan yang diperlukan oleh kanak-kanak seusia mereka. Mereka mencuri pod atau vape yang menjadi trend masa kini.

Isi Isi Penting
  • CCTV saksi agenda kenakalan 2 kanak-kanak.
  • Bukan kali pertama mencuri.
  • Mula dengan alasan tentang pekerjaan.
  • Respon netizen tidak pernah mengecewakan!

Hal ini ‘kantoi’ apabila sebuah rakaman CCTV telah diperhati dan dikongsi di media sosial di bawah akaun Codie Gramong. Bahkan, semua bukti yang jelas telah dikongsi oleh beliau di akaun Facebook kerana bertujuan untuk mencari ibu bapa atau mungkin penjaga untuk kanak-kanak terbabit.

Kanak-Kanak Di Miri Kantoi Curi Pod, Respon Netizen Tidak Pernah Mengecewakan
Kanak-Kanak Di Miri Kantoi Curi Pod, Respon Netizen Tidak Pernah Mengecewakan. Sumber gambar: FB Codie Gramong

CCTV saksi agenda kenakalan 2 kanak-kanak.

Kejadian yang berlaku di salah sebuah premis yang menjual pod atau vape di Taman Tunku, Miri ini sangat diluar kotak logik akal kita kerana 2 orang kanak-kanak yang telah ditangkap ini jelas menunjukkan bahawa mereka berdua masih di bawah umur. Amat mengejutkan kanak-kanak di bawah umur ini mencuri barang yang dianggap barang larangan untuk kanak-kanak seusia mereka. Tetapi, hakikatnya agenda mereka telah terakam oleh CCTV dan menjadi saksi kenakalan kanak-kanak ini.

Kanak-Kanak Di Miri Kantoi Curi Pod, Respon Netizen Tidak Pernah Mengecewakan
Sumber gambar: FB Codie Gramong

Bukan kali pertama mencuri.

Lagi menarik apabila wajah mereka telah dikongsi oleh pemilik akaun, Codie Gramong dan tanpa disangka apabila beliau menerima banyak kenyataan daripada netizen bahawa ini bukan kali pertama kes kecurian yang dilakukan oleh 2 kanak-kanak ini. Bahkan, ini bukan kali pertama mereka mencuri pod atau vape!

Kanak-Kanak Di Miri Kantoi Curi Pod, Respon Netizen Tidak Pernah Mengecewakan
Sumber gambar: FB Codie Gramong

Mula dengan alasan tentang pekerjaan.

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen telah mengutarakan persoalan tentang bagaimana kanak-kanak yang ketara masih di bawah umur boleh memasuki premis sedemikian. Tetapi, menurut Codie, pada mulanya mereka berdua bukan bertanya tentang pod atau vape malah tentang pekerjaan. Tanpa memikirkan dari sudut negatif, jadi mereka dilayan dengan baik. Namun, semua itu hanya akal mereka sahaja untuk dibenarkan masuk ke dalam premis dan mencuri.

Kanak-Kanak Di Miri Kantoi Curi Pod, Respon Netizen Tidak Pernah Mengecewakan
Sumber gambar: FB Codie Gramong

Respon netizen tidak pernah mengecewakan!

Tidak kurang juga respond netizen yang mengatakan bahawa perancangan mereka untuk mencuri cukup lancar dan teliti walaupun akhirnya kantoi kerana keberadaan CCTV di dalam premis. Malah, ada netizen yang sempat meninggalkan respon berbaur lucu seperti..

Kalau adik anak aku aku macam tu memang renyuk lah sampai kat rumah”,

Kanak-Kanak Di Miri Kantoi Curi Pod, Respon Netizen Tidak Pernah Mengecewakan
Sumber gambar: FB Codie Gramong

Tetapi, tidak semua netizen beranggapan yang sama. Ada yang simpati kerana mereka berdua masih di bawah umur dan khuatir mereka berdua menanggung malu terutamanya di sekolah apabila wajah mereka dikongsi secara terang-terangan. Oleh kerana bagi netizen, 2 kanak-kanak ini masih boleh diajar secara senyap-senyap tanpa menyebarkan bukti wajah sedemikian. Jika perlu juga maka kaburkan bahagian wajah mereka.

Kanak-Kanak Di Miri Kantoi Curi Pod, Respon Netizen Tidak Pernah Mengecewakan
Sumber gambar: FB Codie Gramong

Namun, diharapkan isu kanak-kanak mencuri ini dapat diselesaikan secara baik dan diberi pengajaran sewajarnya agar mereka tidak mengulanginya lagi.

Baca lagi artikel lain yang berkaitan dengan isu kecurian di sini:

Sindiket Curi Kenderaan Untuk Diseludup Ke Negara Jiran, ‘Geng Oscar’ Di Kuching Berjaya Ditumpas
Tular Aksi Berani Rembat Buah Sawit Guna Kenderaan Curi Di Lundu, Laporan Polis Sedang Dibuat
SUMBER :FB Codie Gramong
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Peningkatan Suhu, Malaysia Mungkin Akan Mengalami Kiamat Iklim Dalam Tempoh 18 Tahun Lagi
Next Article Gadis Sabah Sarawak Sapu Bersih 3 Tempat Teratas Miss World Malaysia 2022

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?