• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penjawat Awam Sarawak Bakal Terima Bonus Gaji Pokok 1 Bulan Setengah, RM 500 Untuk Persekutuan

Oleh
Ismail NA
12 Oktober 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara tersebut diperuntukkan dalam Bajet Sarawak 2022

Penjawat Awam Sarawak Bakal Terima Bonus Gaji Pokok 1 Bulan Setengah, RM 500 Untuk Persekutuan. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg  hari ini mengumumkan berita gembira buat semua penjawat awam di negeri ini. Berita gembira ini merangkumi penjawat awam yang berkhidmat di bawah skim perkhidmatan negeri dan juga persekutuan.

Beliau mengumumkan bahawa penjawat awam Sarawak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan yang berjumlah satu bulan setengah gaji pokok. Bagi penjawat awam persekutuan di Sarawak pula, mereka juga akan menerima bantuan berjumlah RM 500.

Penjawat Awam Sarawak Bakal Terima Bonus Gaji Pokok 1 Bulan Setengah, RM 500 Untuk Persekutuan. Kredit : BERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pemberian bantuan kewangan ini adalah sebagai tanda apresiasi terhadap sumbangan penjawat awam dalam mengendalikan urus tadbir kerajaan terutamanya semasa pandemik COVID-19 melanda.

Jelasnya lagi, perluasan pengagihan ini kepada penjawat awam persekutuan di negeri ini juga adalah sebagai pengiktirafan kerajaaan negeri terhadap khidmat bakti mereka yang turut sama menyumbang kepada kesejahteraan Sarawak.

Bajet Sarawak 2022 rekodkan bajet tertinggi dalam sejarah negeri

Pengumuman tersebut dibuat semasa Mesyuarat Khas Bajet Negeri berkaitan pembentangan Bajet Sarawak 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Sumber : UKAS

Sarawak untuk tahun 2022 merekodkan bajet terbesar yang pernah dikeluarkan dalam sejarah Sarawak iaitu sebanyak RM 10.646 bilion. Pendapatan negeri dianggarkan sebanyak RM 10.036 bilion dengan jangkaan defisit sebanyak RM 610 juta.

Ketua Menteri yang diiringi Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion memberitahu bahawa kelulusan Bajet Sarawak 2022 adalah tertakluk kepada kuasa yang diberikan kepada Ketua Menteri Sarawak atau Pihak Kewangan Negeri mengikut Seksyen 11 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(Sarawak)2021.

Baca juga pencapaian anak Sarawak yang membanggakan ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 3 Ibu Orang Utan Bakal Bersalin Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Ini 6 Fakta Menarik Tentang Haiwan Ini
Next Article Sarawak Laksana Pemberian Dos Penggalak ‘Booster’ COVID-19 Bermula Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?