• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Laksana Pemberian Dos Penggalak ‘Booster’ COVID-19 Bermula Hari Ini

Oleh
Husna Hazmi
13 Oktober 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) akan memulakan pemberian dos penggalak untuk semua penduduk di Sarawak bermula hari ini.

Sarawak Laksana Pemberian Dos Penggalak ‘Booster’ COVID-19 Bermula Hari Ini. Buat pengetahuan anda, dos ketiga vaksin diberikan kepada individu berisiko tinggi, manakala dos penggalak pula diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu.

Isi Isi Penting
  • Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) akan memulakan pemberian dos penggalak untuk semua penduduk di Sarawak bermula hari ini.
  • Pemberian dos ketiga dan dos penggalak
  • Dos penggalak vaksin COVID-19
  • Buat masa ini, golongan yang mempunyai sistem imun lemah akan diberikan dos ketiga
Sarawak Laksana Pemberian Dos Penggalak 'Booster' COVID-19 Bermula Hari Ini
Sarawak Laksana Pemberian Dos Penggalak ‘Booster’ COVID-19 Bermula Hari Ini

Pemberian dos ketiga dan dos penggalak

Dipetik daripada Utusan Borneo, menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Dr. Rosemawati Ariffin, pemberian dos ketiga dan dos penggalak ini tidak bermakana vaksin yang telah diberi sebelum ini tidak memberi kesan perlindungan klinikal seperti dikehendaki.

Sebaliknya beliau menjelaskan bahawa pemberian dos penggalak itu akan memberi perlindungan tambahan kepada golongan terdedah seperti mereka yang mempunyai masalah dengan sistem imun.

“Dua dos sahaja tidak cukup untuk memberi mereka perlindungan atau merangsang sistem imun untuk melawan jangkitan COVID-19. 

“Dos ketiga vaksin COVID-19 adalah didefinisikan sebagai pemberian dos vaksin tambahan apabila tindak balas imun seseorang di peringkat awal berkemungkinan tidak mencukupi berikutan daripada pemberian awal vaksin secara berturut-turut (primary vaccine series),” kata beliau dalam kenyataaan hari ini.

Sarawak Laksana Pemberian Dos Penggalak 'Booster' COVID-19 Bermula Hari Ini

Dos penggalak vaksin COVID-19

Dr Rosemawati juga turut berkata bahawa dos penggalak vaksin COVID-19 adalah merupakan dos pemberian vaksin bagi seseorang yang pada awalnya mempunyai tindak balas imun cukup terhadap pemberian vaksin secara berturut-turut (primary vaccine series) tetapi mungkin menjadi semakin berkurang dari semasa ke semasa.

“Primary Vaccine Series didefinisikan sebagai rangkaian dos vaksin yang diberikan secara berturut-turut untuk mencapai tindak balas awal imun pelindungan dalam kalangan dua populasi sasaran untuk tempoh masa ditetapkan (yang paling sesuai diukur sebagai kadar seroprotection-vaksin dengan sasaran melebihi 95 peratus),” jelasnya. 

Beliau berkata polisi Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai dos ketiga dan dos penggalak pada masa ini ialah vaksin Pfizer COVID-19 telah diluluskan sebagai dos penggalak. Selain itu tambahnya, setakat ini, kelulusan telah diberikan untuk vaksin yang mempunyai fungsi serupa dengan vaksin telah diberikan secara berturut-turut di peringkat awal (vaksinasi homolog).

Polisi ketiga katanya ialah selang tempoh dari dos terakhir vaksin COVID-19 untuk pemberian dos ketiga iaitu sekurang-kurangnya 28 hari selepas penerimaan dos kedua dan untuk dos penggalak  sekurang-kurangnya enam bulan selepas dos kedua.

Sarawak Laksana Pemberian Dos Penggalak 'Booster' COVID-19 Bermula Hari Ini

Buat masa ini, golongan yang mempunyai sistem imun lemah akan diberikan dos ketiga

Dr Rosemawati berkata buat masa ini, golongan immunocompromise atau yang mempunyai sistem imun (ketahanan badan) yang lemah akibat penyakit atau rawatan perubatan akan diberikan dos ketiga, dianggarkan berjumlah 11,900 orang. Manakala dos penggalak katanya akan diberikan kepada warga emas iaitu mereka yang berusia lebih 60 tahun seramai 80,3000 orang dan Petugas Barisan Hadapan Perubatan iaitu 30,340 orang.

“Untuk makluman orang ramai, pemberian dos ketiga dan dos penggalak vaksin covid-19 boleh didapati di klinik-klinik kesihatan kerajaan terpilih, hospital swasta dan klinik-klinik swasta. 

“Bagi mereka yang layak, bolehlah menghubungi klinik-klinik tersebut terlebih dahulu sekiranya ingin mendapatkan janji temu. Senarai nama klinik kesihatan kerajaan, klinik dan hospital swasta akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa melalui saluran media massa dan media sosial untuk memudahkan proses janji temu,” katanya.

JKNS katanya berharap dengan pemberian dos ketiga dan dos penggalak ini khususnya kepada kumpulan berisiko tinggi akan dapat membawa Sarawak khususnya, Malaysia amnya, keluar daripada krisis pandemik ini dan mulai memasuki kehidupan dalam suasana endemik.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penjawat Awam Sarawak Bakal Terima Bonus Gaji Pokok 1 Bulan Setengah, RM 500 Untuk Persekutuan
Next Article Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?