• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sudah Diserbu KPDN Sabah, Ini Pula Penjelasan Pemilik Sotong Manis RM50

Oleh
Nazihah AN
21 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Sudah Diserbu KPDN Sabah, Ini Pula Penjelasan Pemilik Sotong Manis RM50

“Pelanggan tidak dipaksa untuk mengambil lauk yang di luar kemampuan mereka”

Sudah Diserbu KPDN Sabah, Ini Pula Penjelasan Pemilik Sotong Manis RM50. Isu ‘Sotong Manis RM50’ yang tular di media sosial baru-baru ini telah menimbulkan kontroversi dan kecaman terhadap Mekar Restaurant, sebuah kedai makan yang beroperasi di Wisma Merdeka.

Pemilik kedai, Noeylz Hashim, telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan situasi sebenar. Berikut adalah kandungan kenyataan tersebut:

Premis ini juga telah diserbu oleh pihak KPDN Sabah untuk dikenakan tindakan & siasatan di bawah Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999

1. Harga jualan telah dipamerkan dengan jelas iaitu dari RM20 hingga RM100 untuk seekor Sotong Manis.

2. Harga Sotong Manis bersaiz besar yang tinggi berikutan stok Sotong Manis saiz besar, hanya boleh didapati secara tempahan khas.

3. Harga Sotong Manis mentah adalah sekitar RM38 keatas untuk sekilogram. Kuantiti sotong untuk sekilogram hanya sekitar 2-3 ekor sahaja.

4. Harga yang dinyatakan belum termasuk bahan-bahan masakan yang lain.

5. Perbelanjaan lain juga harus diambil kira termasuklah sewa kedai, gaji pekerja dan perbelanjaan lain.

6. Sesungguhnya, pihak yang menyatakan kami tidak mempamerkan harga adalah fitnah semata-mata.

7. Pelanggan tidak dipaksa untuk mengambil lauk yang di luar kemampuan mereka kerana terdapat banyak pilihan lauk yang lain.

8. Saya berterima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang telah menyokong kami sepanjang lebih 30 tahun kami beroperasi di Wisma Merdeka dengan hidangan lauk yang sama.

9. Kami dengan rendah hati memohon maaf sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan harga makanan kami, yang tidak dapat kami elakkan berikutan kos bahan mentah yang semakin meningkat.

Artikel berkaitan, anda boleh baca di pautan bawah:

Padah Jual Sotong RM50 Seekor, KPDN Serbu Kedai Nasi Campur Di Sabah
Orang Semenanjung Dicaj Harga Seafood Kayangan Di Sabah, Netizen Terkejut Lihat Perbezaan Harga

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Durian Runtuh Sebelum Krismas, Lelaki Dari Kapit Menang Jackpot RM461 Ribu
Next Article Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama Musim Perayaan Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama Musim Perayaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?