• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Jual Sotong RM50 Seekor, KPDN Serbu Kedai Nasi Campur Di Sabah

Oleh
Aina Musa
21 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Padah Jual Sotong RM50 Seekor, KPDN Serbu Kedai Nasi Campur Di Sabah

Tular kedai makan cas pelanggan sotong RM50 seekor

Padah Jual Sotong RM50 Seekor, KPDN Serbu Kedai Nasi Campur Di Sabah. Tular di media sosial mengenai sebuah restoran di Sabah yang mengejutkan pelanggannya dengan mengenakan caj RM50 untuk se ekor sotong cekik darah.

Seorang pengguna Facebook bernama Hussin TJ Abdullah meminta orang ramai berhati-hati apabila menjamu selera di restoran tersebut yang terletak di pusat bandar Kota Kinabalu. Ini setelah beliau sendiri dikenakan caj tinggi untuk se ekor sotong dalam hidangannya.

Padah Jual Sotong RM50 Seekor, KPDN Serbu Kedai Nasi Campur Di Sabah
Padah Jual Sotong RM50 Seekor, KPDN Serbu Kedai Nasi Campur Di Sabah. Kredit: Facebook

Beliau berkongsi gambar hidangan nasi berlaukkan sotong manis dan sayur yang dipesannya, beserta resit bernilai RM75. Dalam keterangan gambar itu, beliau memperingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan harga “tembakan” restoran tersebut kerana bukan beliau sahaja yang menjadi mangsa, tetapi pelanggan lain juga turut dikenakan caj yang sama.

“Kepada yang belum pernah datang sini, kalau boleh janganlah datang. Kosong poket kamu nanti,” tulis Hussin memberi amaran kepada netizen.

Hantaran beliau di Facebook itu mendapat pelbagai reaksi, dengan ramai yang terkejut dengan harga sotong cekik darah yang ditawarkan itu. Ada yang menyarankan Hussin membeli sotong di pasar sahaja kerana harganya jauh lebih murah.

Padah Jual Sotong RM50 Seekor, KPDN Serbu Kedai Nasi Campur Di Sabah

Berikutan tular isu itu di media sosial, pasukan penguatkuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah dengan segera menghantar pegawainya memeriksa restoran berkenaan.

Timbalan Pengarah KPDN Sabah, Zulfamy Mat Udi mengesahkan bahawa penguat kuasa mereka telah memeriksa premis itu. Antara tindakan yang diambil termasuklah memeriksa penandaan harga dan menyerahkan notis bertulis kepada pihak restoran.

Melalui notis itu, restoran tersebut diminta untuk menerangkan setiap komponen kos yang membawa kepada caj RM50 bagi se ekor sotong yang ditawarkan kepada pelanggan.

KPDN Sabah kini masih menunggu laporan lengkap daripada pasukan penguat kuasanya berhubung pemeriksaan di restoran terbabit. Mereka dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara ini tidak lama lagi.

Baca lagi artikel menarik:

Terkejut Nasi Putih RM8, Individu Geram Kedai Makan Cas Pelanggan Harga ‘Cekik Darah’
Netizen Berniat Boikot, Isu Nasi Campur Terlampau Mahal Buat Para Peniaga Medan Selera Lundu Berduka
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penuh Caci Maki, Respon Emel Pelajar UiTM Jadi Bualan Netizen Penuh Caci Maki, Respon Emel Pelajar UiTM Jadi Bualan Netizen
Next Article Individu Ini Minta Orang Ramai Waspada Dengan Homestay Palsu Di Sematan Individu Ini Minta Orang Ramai Waspada Dengan Homestay Palsu Di Sematan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?