• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penoreh Getah Dari Sabah Terima Durian Runtuh, Menang Cabutan Bertuah RM 1 Juta

Oleh
Aina Musa
18 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Penoreh Getah Dari Sabah Terima Durian Runtuh, Menang Cabutan Bertuah RM 1 Juta

Jutawan sekelip mata

Penoreh Getah Dari Sabah Terima Durian Runtuh, Menang Cabutan Bertuah RM 1 Juta. Bagaikan bulan jatuh ke riba itu yang dialami seorang penoreh getah apabila dia kini bergelar jutawan selepas diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bonanza BSN SSP ke-99.

Hasil cabutan berkenaan, Johni Satur, 57, membawa pulang RM1 juta.

Penoreh Getah Dari Sabah Terima Durian Runtuh, Menang Cabutan Bertuah RM 1 Juta. Sumber: Harian Metro

Johni berkata, dirinya membeli Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) pada tahun 2022 selepas disarankan anak lelakinya.

“Saya masih rasa seperti mimpi dapat menang RM1 juta.

“Malahan saya lambat memberi respon ketika dihubungi pihak BSN minggu lalu kerana bimbang ia adalah suatu skim penipuan.

“Selepas beberapa kali diyakinkan, barulah saya percaya menjadi salah seorang pemenang Cabutan Jutawan Bonanza BSN SSP,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Lasau Minunsud pada Khamis.

Turut hadir menyampaikan hadiah kemenangan adalah Ketua Komunikasi Strategik BSN, Aizurra Mellissa Muzammil.

Bercerita mengenai latar belakangnya, Johni berkata, pendapatan diterima sebagai penoreh getah setiap bulan hanyalah RM500 sebulan dan jumlah itu pastinya tidak mencukupi bagi perbelanjaan keluarga.

Mengulas mengenai kemenangannya, bapa kepada lima cahaya mata berusia antara tujuh hingga 30 tahun itu merancang membina sebuah rumah baharu di tapak lain demi keselesaan keluarga.

Selain itu, Johni menyatakan wang dimenangi itu juga bakal digunakan untuk pendidikan anak bersekolah darjah satu dan tingkatan enam.

Sementara itu, anak keduanya, Romexh Johni, 27, berkata, dia meminta wang kemenangan itu disimpan dalam akaun BSN supaya lebih selamat kerana bimbang bapanya menjadi mangsa penipuan.

“Awalnya saya tidak tahu tentang peraduan ini sehingga dimaklumkan di kaunter BSN.

“Kebetulan bapa saya juga memang salah seorang pelanggan yang menyimpan wang di BSN selama ini,” katanya yang juga graduan dalam bidang pelancongan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kota Kinabalu.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lesen Boleh Dibatal Serta Merta Jika Salah Guna Visa Pelancongan Dan Umrah Untuk Ibadah Haji Lesen Boleh Dibatal Serta Merta Jika Salah Guna Visa Pelancongan Dan Umrah Untuk Ibadah Haji
Next Article Dibina Canggih Dan Lebih Besar, Lapangan Terbang Kedua Di Kuching Antara Usaha Atasi Isu Harga Tiket Mahal

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?