I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Penulis Berbakat Asal Sarawak Ini Peroleh Tawaran Kerjasama Dengan Penerbit Antarabangsa
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penulis Berbakat Asal Sarawak Ini Peroleh Tawaran Kerjasama Dengan Penerbit Antarabangsa

Oleh iloveborneo 16 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

4 tahun bergerak solo, akhirnya bekerjasama dengan Penguin Random House SEA

Penulis Berbakat Asal Sarawak Ini Peroleh Tawaran Kerjasama Dengan Penerbit Antarabangsa. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, kan. Begitu yang terjadi kepada Malcolm Mejin. Anak Sarawak yang telah mencipta sejarah dalam bidang penulisan dengan mendapat tawaran bekerjasama dengan penerbit antarabangsa.

Malcolm Mejin yang merupakan penulis dan telah menerbitkan hasil penulisan beliau sendiri atau lebih tepat hanya bergerak solo selama 4 tahun kebelakangan ini tidak menyangka akan mendapat peluang dari syarikat penerbitan terkemuka ini, Penguin Random House SEA.

Penulis Bebakat Asal Sarawak Ini Peroleh Tawaran Kerjasama Dengan Penerbit Antarabangsa
Penulis Berbakat Asal Sarawak Ini Peroleh Tawaran Kerjasama Dengan Penerbit Antarabangsa. Sumber gambar: The Star

2 buah buku terbaru untuk series Diary of a Rich Kid

Pada mulanya, Mejin telah menghantar manuskrip penulisan beliau dan tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana bagi beliau syarikat penerbitan tersebut pasti menerima ribuan manuskrip daripada penulis yang lain. Beliau juga menyatakan bahawa beliau telah melakukan sebaik mungkin untuk penghasilan manuskrip ini dan tidak menyangka kali ini nasib menyebelahi beliau.

Penulis Bebakat Asal Sarawak Ini Peroleh Tawaran Kerjasama Dengan Penerbit Antarabangsa
Sumber gambar: penguin.sg

Menurut Mejin, dengan menerima tawaran bekerjasama ini, syarikat penerbitan tersebut akan menjadi penerbit untuk 2 buah buku terbaru beliau untuk series Diary of a Rich Kid. Beliau telah menandatangani perjanjian dimana buku beliau akan diterbitkan dan dipasarkan secara meluaskan tidak hanya di Malaysia malah ke Singapura, Britain dan Amerika Syarikat.

Sekadar suka-suka, kini menakluk penerbit terkemuka

Malcolm Mejin telah memulakan penulisan pada tahun 2017 dan hanya sekadar suka-suka. Namun, atas dorongan sahabat beliau, beliau mula menerbitkan 3 buah buku untuk series Diary of a Rich Kid ini. Dimana penulisan yang pertama ”Diary of a Rich Kid” pada tahun 2018, “Diary of a Rich Kid: Road Trip” pada tahun 2020 dan yang ketiga diterbitkan pada tahun lalu, “Secret of the Sea”. Hasil penulisan beliau yang ketiga ini berkisarkan tentang pengalaman beliau semasa tempoh ’lockdown’ sepanjang pandemik covid-19 yang lalu.

Penulis Berasal Dari Sarawak Mencipta Sejarah Bekerjasama Dengan Penerbit Antarabangsa
Sumber gambar: Twitter @malcolmmejin

Untuk 2 buah buku yang akan menyusul pada tahun 2023 dan 2024 kelak, ilham dan jalan cerita untuk 2 buah buku tersebut dirancang oleh Mejin untuk berkisarkan tentang pengembaraan 2 dunia berbeza dan ada sedikit elemen ghaib atau ’supernatural’ di dalamnya.

Tidak sabar untuk memulakan kerjasama dengan penerbit terkemuka ini kerana bagi beliau kali ini beliau memiliki kolaborasi sepenuhnya daripada banyak aspek seperti aspek pengeditan kerana sebelumnya beliau hanya melakukan secara sendirian.

Dengan kejayaan Malcolm Mejin ini, diharap dapat membuka mata untuk para anak muda yang lain yang berminat dalam bidang penulisan supaya tidak hilang semangat walaupun pada mulanya kita hanya bergerak sendiri.

Boleh baca artikel selanjutnya untuk mengetahui banyak lagi tentang kejayaan anak Sarawak di pentas antarabangsa:

SUMBER : The Star, Penguin.sg, Twitter @malcolmmejin
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rebut Tawaran 50% Diskaun Bayaran Saman Sempena Hari Malaysia Di IPD Bintulu
Next Article 'Hanya Di Boleh Land' Tiang Lampu Tengah Jalan Cuit Hati Netizen ‘Hanya Di Boleh Land’ Kedudukan Tiang Lampu Tengah Jalan Di Sabah Cuit Hati Netizen

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?