• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rebut Tawaran 50% Diskaun Bayaran Saman Sempena Hari Malaysia Di IPD Bintulu

Oleh
ILB - AI
16 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Jom lunaskan saman, 50% diskaun

Rebut Tawaran 50% Diskaun Bayaran Saman Sempena Hari Malaysia Di IPD Bintulu. Saban tahun pasti ada pengguna jalan raya melakukan kesalahan lalu disaman dan semestinya mereka akan menangguh melangsaikan saman tersebut atas sebab tertentu.

Orang ramai diseru supaya mengambil peluang membayar tunggakan saman susulan diskaun 50 peratus yang ditawarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak.

Dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Sarawak dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Bintulu, Program Pembukaan Kaunter Diskaun Saman ini berlangsung pada 16 dan 17 September bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Rebut Tawaran 50% Diskaun Bayaran Saman Sempena Hari Malaysia Di IPD Bintulu
Rebut Tawaran 50% Diskaun Bayaran Saman Sempena Hari Malaysia Di IPD Bintulu. Kredit foto: FB PDRM Bintulu

Sembilan saman terkecuali daripada diskaun yang diberikan

Program yang berlangsung di Pejabat Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Bintulu itu menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50 peratus bagi semua saman KECUALI :-

  1. Saman lampu isyarat merah
  2. Saman kemalangan
  3. Saman menggunakan lorong kecemasan
  4. Saman ubahsuai ekzos
  5. Saman memotong di garisan berkembar
  6. Saman memotong secara bahaya
  7. Saman bicara mahkamah (bertanda – ‘m’)
  8. Saman melibatkan M/Lori (bertanda – ‘^’)
  9. Saman non-compound (N/C)

Diskaun bagi bayaran saman sehingga 50 peratus adalah menigkut terma dan syarat meliputi trafik di seluruh Malaysia.

Rebut Tawaran 50% Diskaun Bayaran Saman Sempena Hari Malaysia Di IPD Bintulu
Gambar Hiasan. Kredit foto: Bernama

Orang ramai yang ingin membuat pembayaran digalakkan membuat semakan awal terlebih dahulu di mana-mana Balai Polis Trafik berhampiran tentang butiran saman yang boleh mendapat diskaun seperti yang dinyatakan.

Justeru, marilah kita menunaikan tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya melunaskan tunggakan saman sementara peluang menarik yang diberikan ini masih ada.

Program Pembukaan Kaunter Diskaun Saman PDRM IPD Bintulu
Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak

Tarikh : 16 – 17 September 2022
Masa : 9 Pagi – 4 Petang
Lokasi : Pejabat Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Bintulu

Ketahui Program AMANITA dilancarkan untuk bantu polis banteras jenayah, baca di sini:

PDRM Sarawak Libatkan Suri Rumah Jadi ‘Mata’ dan ‘Telinga’ Polis
JPJ Bercadang Beri Ganjaran Untuk Orang Ramai Yang Melaporkan Kesalahan Lalu Lintas
SUMBER :FB IPD Bintulu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kalahkan Sushi Dari Jepun, Laksa Sarawak Dapat Ranking Teratas Makanan Tradisional Di Asia Kalahkan Sushi Dari Jepun, Laksa Sarawak Dapat Ranking Teratas Makanan Tradisional Di Asia
Next Article Penulis Berbakat Asal Sarawak Ini Peroleh Tawaran Kerjasama Dengan Penerbit Antarabangsa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?