• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Beberapa Jalan Sekitar Kuching Ditutup Bermula Hari Ini Sehingga 31 April

Oleh
Aina Musa
29 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Beberapa Jalan Sekitar Kuching Ditutup Bermula Hari Ini Sehingga 31 April

Penutupan Jalan sempena perarakan Dewa Seng Ong

Beberapa Jalan Sekitar Kuching Ditutup Bermula Hari Ini Sehingga 31 April. Beberapa jalan di bandar raya ini akan ditutup untuk memberi laluan kepada perarakan keagamaan Dewa Seng Ong yang akan berlangsung di sepanjang Jalan Wayang mulai hari ini hingga Ahad ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Beberapa Jalan Sekitar Kuching Ditutup Bermula Hari Ini Sehingga 31 April. Sumber: Suara Sarawak

“Antara kawasan yang terlibat termasuklah Jalan Wayang; Jalan Tabuan; Jalan Ban Hock; Jalan Padungan; Jalan Bukit Mata; Jalan Bazar; Jalan Gambir; Jalan Khoo Hun Yeang; Jalan Tun Abang Haji Openg; Jalan Tukang Kayu, dan Ewe Hai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, kata Ahsmon, lebih daripada 200 kontinjen dijangka akan mengambil bahagian, menarik kira-kira 20,000 pengunjung.

Mulai jam 3 petang hingga tengah malam Ahad, jalan-jalan terpilih akan ditutup untuk memudahkan acara tersebut.

“Jalan-jalan seperti Jalan Bazar Utama ke arah Jalan Tun Abang Haji Openg; Jalan Tun Abang Haji Openg ke arah Padang Merdeka; Jalan Tabuan ke arah Jalan Ban Hock; Jalan Tabuan ke arah Jalan Wayang; Jalan Padungan ke arah Jalan Bukit Mata; dan Jalan Kuil ke arah Jalan Bazar Utama, akan ditutup,” ujarnya.

“Pemandu digesa untuk menggunakan laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan, seperti East Central Street atau McDougall Street bagi mereka yang melalui Jalan Tabuan, serta membuat pusingan U di lokasi yang ditetapkan untuk memintas jalan yang ditutup.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan dan merancang perjalanan mereka dengan baik.

“Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Dua Rakan Bawah Umur Mengaku Bersalah Curi Motosikal Di Kuching
Netizen Dakwa Ada Lagi Kejadian Tumpahan Minyak, Kali Ini Di Jalan BDC Pula
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 10 Studio Untuk Anda Bergambar Pagi Raya Bersama Keluarga Sekitar Kuching Ini 10 Studio Untuk Anda Bergambar Pagi Raya Bersama Keluarga Sekitar Kuching
Next Article Askar Didakwa Merogol Gadis 18 Tahun Di Kota Kinabalu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?