• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Dakwa Ada Lagi Kejadian Tumpahan Minyak, Kali Ini Di Jalan BDC Pula

Oleh
Aina Musa
28 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Netizen Dakwa Ada Lagi Kejadian Tumpahan Minyak, Kali Ini Di Jalan BDC Pula

Tumpahan diesel di sepanjang Jalan BDC

Netizen Dakwa Ada Lagi Kejadian Tumpahan Minyak, Kali Ini Di Jalan BDC Pula. Semalam media sosial digemparkan dengan insiden tumpahan minyak di Jalan Kulas. Susulan itu, kejadian tersebut telah membawa kepada pembongkaran sindiket seleweng diesel ke negara jiran.

Apa yang lebih mengejutkan hari ini, kejadian serupa berlaku pula di Jalan BDC, Kuching. Kejadian ini telah dikongsikan oleh pihak Sarawak Road Update menerusi laman Facebook mereka.

Netizen Dakwa Ada Lagi Kejadian Tumpahan Minyak, Kali Ini Di Jalan BDC Pula. Kredit: FB SRU

Menurut laporan yang diterima, minyak jenis diesel yang tumpah itu meliputi sepanjang laluan dari bulatan BDC ke Jalan Batu 4.

BDC roundabout ke batu 4 ada tumpahan minyak sepanjang jalan

Ada beberapa motosikal sudah kemalangan termasuk pemberi maklumat

SRU

Berdasarkan kapsyen tersebut, beberapa buah motosikal dilaporkan terlibat dalam kemalangan akibat laluan jalan yang licin akibat tumpahan minyak tersebut.

Setelah menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan kejadian tersebut.

Ini antara reaksi netizen.

Menurut pandangan netizen, kejadian ini bukanlah perkara baru yang berlaku. Mereka menambahkan bahawa pihak berkuasa sepatutnya mengambil langkah untuk menguatkuasakan sekatan jalan raya di sekitar Kuching.

Tidak dapat dinafikan, pihak berkuasa juga mungkin akan mengambil tindakan untuk menarik balik subsidi diesel tersebut sebagai satu usaha untuk menghalang penyalahgunaan subsidi dan memerangi aktiviti penyeludupan diesel.

Apa yang menyedihkan, hampir setiap hari ada insiden tumpahan minyak berlaku di sekitar Kuching.

Baca lagi artikel menarik:

Sindiket Seleweng Diesel Guna Lori Tanah Terbongkar Susulan Kejadian Minyak Tumpah Di Jalan Kulas
Polis Sita Lori Sebabkan Tumpahan Minyak Di Jalan Kulas
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pertama Kali Di Malaysia, Kamen Rider Black Sertai Festival Fan Meet & Greet Di Sarawak Pertama Kali Di Malaysia, Kamen Rider Black Sertai Festival Fan Meet & Greet Di Sarawak
Next Article Abang Jo Anggap PADU Ibarat Sistem Pembocoran Maklumat Peribadi Abang Jo Anggap PADU Ibarat Sistem Pembocoran Maklumat Peribadi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?