• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dua Rakan Bawah Umur Mengaku Bersalah Curi Motosikal Di Kuching

Oleh
Aina Musa
28 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Dua Rakan Bawah Umur Mengaku Bersalah Curi Motosikal Di Kuching

Suspek utama masih berusia 12 tahun

Dua Rakan Bawah Umur Mengaku Bersalah Curi Motosikal Di Kuching. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun telah diarahkan oleh Mahkamah Majistret untuk menghadiri Sekolah Tunas Bakti Miri selama tiga tahun, atas tuduhan memiliki harta curi sebuah motosikal jenama Honda pada bulan Februari yang lalu.

Sementara itu, seorang rakan lagi yang berusia 14 tahun diarahkan untuk memenuhi bon kelakuan baik selama satu tahun atas tuduhan yang sama.

Dua Rakan Bawah Umur Mengaku Bersalah Curi Motosikal Di Kuching. Sumber: Suara Sarawak

Majistret Zubaidah Sharkawi membuat keputusan tersebut selepas mendengar laporan akhlak kedua-dua tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini.

Kedua-dua kanak-kanak terbabit telah mengaku bersalah terhadap tuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Menurut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama memiliki harta curi berupa sebuah motosikal Honda yang milik seorang lelaki berusia 57 tahun di Jalan Bandar Baru Samariang, pada kira-kira jam 10 pagi pada 4 Februari yang lalu.

Menurut fakta kes, pada 4 Februari tersebut, sekitar jam 10 pagi, pengadu melaporkan kepada pihak polis bahawa motosikalnya yang diletakkan di hadapan rumahnya telah hilang dicuri.

Kemudian, pada kira-kira jam 8.30 malam pada hari yang sama, pihak polis berjaya menangkap kedua-dua tertuduh di tepi jalan Bandar Baru Samariang menggunakan sebuah motosikal yang dipercayai telah dicuri.

Hasil daripada siasatan, kedua-dua tertuduh didapati menyimpan harta curi tersebut iaitu sebuah motosikal.

Berdasarkan nombor enjin motosikal tersebut, ia telah disahkan milik mangsa.

Pendakwaan kes dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin, manakala kedua-dua tertuduh tidak mendapat perwakilan peguam.

Baca lagi artikel menarik:

Polis Buru Suspek Ragut Dua Beranak Dihadapan Gereja Di Miri
Serang Bapa Dan Isteri Dengan Kayu, Lelaki Dipenjara 40 Bulan Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Didakwa Langgar Perjanjian, SAINS Dan SiliconNet Technologies Tamatkan Kerjasama Dengan dBazzar
Next Article Lelaki Di Sabah Didenda RM15,000 Atas Kes Seludup Diesel Haram Lelaki Di Sabah Didenda RM15,000 Atas Kes Seludup Diesel Haram

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?