• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini

Oleh
Husna Hazmi
19 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Lebih 90 peratus daripada kes ini menjangkiti kanak-kanak berusia bawah 6 tahun.

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini. Dilaporkan bahawa Sabah kini merekodkan peningkatan mendadak bagi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sebanyak 51 kali ganda iaitu, 2,834 kes bagi tempoh Januari hingga Mei berbanding hanya 55 kes sahaja bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini
Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini

Kes tertinggi adalah Tawau

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin, lima daerah telah melaporkan kes tertinggi adalah Tawau dengan 435 kes, diikuti Sandakan 387 kes; Lahad Datu (308 kes); Kota Belud (244 kes) dan Papar (229 kes).

Bagaimanapun, setakat ini tiada kematian yang dicatat disebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut ini di Sabah.

“Sebanyak 93.1 peratus kes adalah kanak-kanak yang berumur kurang enam tahun. Malah, Trasmisi jangkitan majoritinya berlaku di rumah persendirian atau pusat pendidikan awal,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini

Menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 10 tahun

Dr Rose Nani menjelaskan, penyakit tangan, kaki dan mulut merupakan penyakit yang biasa menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus).

Katanya, kanak-kanak berusia bawah lima tahun adalah golongan yang mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut ini.

“Sehubungan itu, pihak JKNS menyaran dan menasihatkan para ibu bapa serta pusat pendidikan awal supaya mengambil langkah-langkah awal sekiranya mengesan kes jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut.

“Selain itu, kesedaran mengenai kebersihan perlu berada pada tahap tertinggi,” katanya.

Lagi di sini cerita menarik di Borneo buat anda:

SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 Acara Terbesar Di Sarawak Kembali Memeriahkan Bandaraya Kuching Tahun Ini Masukkan Dalam Bucket List Anda! 5 Acara Terbesar Kembali Memeriahkan Sarawak Tahun Ini
Next Article Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?