• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!

Artikel Ini Dibawakan Oleh
Kongsi
5 Min Bacaan
Artikel Ini Dibawakan Oleh

Festival Seni Antarabangsa Singapura (SIFA) 2022 akan diadakan pada 20 Mei sehingga 5 Jun ini.

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura! Tahukah anda bahawa persembahan seni tradisional masyarakat asli Sarawak yang unik bakal menjadi tontonan penggemar seni dari seluruh dunia?

Isi Isi Penting
  • Festival Seni Antarabangsa Singapura (SIFA) 2022 akan diadakan pada 20 Mei sehingga 5 Jun ini.
  • MEPAAN, kolaborasi orkestra Singapura dan artis kaum asli Sarawak
  • Makna di sebalik nama MEPAAN
  • Persembahan kontemporari segar dengan elemen tradisional
  • Peluang keemasan untuk mengangkat martabat kaum asli Borneo dan profesion pengamal seni tradisional
  • 2022 merupakan rahmat buat kita semua di mana banyak aktiviti seni dan keramaian bakal diadakan semula. Di Sarawak, senarainya adalah seperti berikut;

Apatah lagi setelah dunia kembali pulih daripada pandemik COVID-19, dan persembahan fizikal dapat diadakan semula di atas pentas, tentunya peluang ini tidak akan dilepaskan bagi memperkenalkan lagi budaya istimewa masyarakat asli Sarawak di peringkat global.

MEPAAN, kolaborasi orkestra Singapura dan artis kaum asli Sarawak

Pada tahun ini, artis tradisional suku kaum asli di Sarawak telah diberi penghormatan untuk berkolaborasi bersama Singapore Chinese Orchestra untuk mempersembahkan persembahan pembukaan untuk festival seni tertua di Singapura, iaitu Festival Seni Antarabangsa Singapura (SIFA) 2022.

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!

Artis-artis yang bernaung di bawah Tuyang Initiative ini bakal bergabung bersama Singapore Chinese Orchestra untuk sebuah persembahan pembukaan yang diberi nama MEPAAN.

Artis yang dimaksudkan adalah Adrian Jo Milang, penglipur lara tradisional kaum Kayan dan juga Mathew Ngau Jau, adiguru sape’ Kenyah. Beliau juga merupakan warisan hidup negara (Living National Heritage)!

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Adrian Jo Milang. Kredit foto: FB Adrian Jo Milang
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Mathew Ngau Jau. Kredit foto: Handout

Makna di sebalik nama MEPAAN

Sesuai dengan namanya, MEPAAN membawa maksud ’selamanya’ dalam bahasa Kayan dan mencerminkan kolaborasi artistik yang menyerlahkan warisan budaya asli Borneo dalam bentuk seni kontemporari.

Persembahan MEPAAN ini juga turut diraikan oleh rakan pemuzik tradisional Sarawak, Alena Murang. Istilah MEPAAN itu sendiri bertepatan dengan konsep pentas yang dihidupkan semula memandangkan acara seni ini diadakan di Stesen Jana Kuasa Pasir Panjang yang telah lama tidak digunakan.

MEPAAN di Stesen Jana Kuasa Pasir Panjang, pentas yang dihidupkan semula, menjana kuasa yang bakal menerangi setiap mahkluk hidup. Dalam kehidupan manusia yang dihambat pembangunan, ada masanya manusia perlu kembali mendampingi alam, dan MEPAAN ini adalah sebuah peringatan untuk kita.

Alena Murang, pemain sape’ terkemuka dunia
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Stesen Jana Kuasa Pasir Panjang, lokasi SIFA 2022. Kredit foto: FB Juvita T. Wan
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Kredit foto: FB Juvita T. Wan

Persembahan kontemporari segar dengan elemen tradisional

Persembahan selama 75 minit ini bakal menampilkan gubahan bunyi-bunyian menerusi instrumen kaum asal dan visual yang akan membawa anda menerokai ritual di Asia Tenggara dan penduduk aslinya.

Bukan itu sahaja, MEPAAN ini juga bakal menyajikan visualisasi yang memukau sambil anda akan dibawa menyelami sejarah budaya menerusi sebuah filem pendek yang digarap oleh sutradara kacukan Iban-Melanau, Harry Frederick.

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Harry Frederick Diglin, sutradara kacukan Iban-Melanau. Kredit foto: SIFA 2022

Bukan persembahan tradisional biasa, Juvita Tatan Wan, pengasas bersama dan penerbit di Tuyang menjanjikan sesuatu yang segar tetapi masih bersandarkan seni tradisi yang diturunkan dari nenek moyang terdahulu.

Siapa sangka, persembahan tradisi kaum asli Sarawak boleh disulam dengan orkestra Cina Singapura? Justeru, pertembungan antara dua genre yang berbeza inilah ciri unik yang perlu disaksikan oleh penonton kelak.

Peluang keemasan untuk mengangkat martabat kaum asli Borneo dan profesion pengamal seni tradisional

Ulas Juvita lanjut, kolaborasi antarabangsa ini adalah peluang terbaik untuk mengangkat seni tradisional masyarakat asli Sarawak ke dalam peta budaya dunia, sekaligus mengiktiraf pengamal seni tradisional ini sebagai sebuah profesion yang serius.

Bahkan, pentas ini juga tentunya pentas yang bermakna buat Adrian Jo Milang dan Mathew Ngau Jau, di mana mereka akan bereksperimentasi dengan kreativiti mereka melalui persembahan itu kelak. Yang pasti, ia bakal menjadi sebuah persembahan yang berlainan daripada persembahan tradisional asal yang sering mereka persembahkan di khalayak ramai.

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Mathew (kiri) bersama Juvita (tengah) dan Adrian (kanan) semasa raptai untuk MEPAAN. Kredit foto: FB The Tuyang Initiative

Dengan penghormatan yang diberikan pada SIFA 2022 ini, ia sekaligus menjadi peluang keemasan untuk artis-artis ini memperkenalkan budaya Borneo kepada seisi dunia, serta memartabatkan identiti bangsa asli di Kepulauan Borneo.

Jika anda berada di Singapura, jangan lupa untuk menyokong artis kaum asli Sarawak dengan membeli tiket di butang berikut dan menonton persembahan mereka.

Beli Tiket Persembahan MEPAAN di sini!

2022 merupakan rahmat buat kita semua di mana banyak aktiviti seni dan keramaian bakal diadakan semula. Di Sarawak, senarainya adalah seperti berikut;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini
Next Article Selamba 'Cilok' Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen Selamba ‘Cilok’ Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?