• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penyanyi Asal Sabah, Rosario Bianis Dijemput Ke Britain’s Got Talent Di London

Oleh
ILB - AI
25 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Rosario Bianis kongsi kegembiraan bakal jejak kaki di London pada 12 November kelak

Penyanyi Asal Sabah, Rosario Bianis Dijemput Ke Britain’s Got Talent Di London. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, bukan? Tidak pernah menyangka akan membawa nama Malaysia sekaligus nama kampung halamannya, Sabah hingga ke pentas antarabangsa.

Rosario Ninih Chamini Bianis, wanita berusia 28 tahun kelahiran Tambunan, Sabah ini berkongsi kegembiraan beliau di laman Instagram peribadi beliau apabila dirinya bakal menjejakkan kaki di tanah London pada 12 November kelak untuk mengikuti uji bakat terkemuka di sana.

Penyanyi Asal Sabah, Rosario Bianis Dijemput Ke Britain’s Got Talent Di London
Penyanyi Asal Sabah, Rosario Bianis Dijemput Ke Britain’s Got Talent Di London. Sumber gambar: Instagram @rosariobianis94

Britain’s Got Talent himpun bakat-bakat dari seluruh dunia

Britain’s Got Talent adalah sebuah pentas uji bakat dimana ramai peserta dari seluruh pelusuk dunia datang mencuba nasib dalam uji bakat tersebut sekaligus untuk mencipta nama di peringkat yang lebih tinggi.

Menurut Rosario, beliau telah menunggu selama satu tahun untuk mendengar perkhabaran baik ini. Pada mulanya, beliau berhasrat untuk menyertai America’s Got Talent tetapi America’s Got Talent pula tidak terbuka untuk Malaysia.

Lalu, beliau mencuba nasib apabila mengetahui mengenai Britain’s Got Talent dan tidak menyangka menerima jemputan ke uji bakat berprestij ini yang akan dilangsungkan di ExCel London.

Penyanyi Asal Sabah, Rosario Bianis Dijemput Ke Britain’s Got Talent Di London
Penyanyi Asal Sabah, Rosario Bianis Dijemput Ke Britain’s Got Talent Di London. Sumber gambar: Instagram @rosariobianis94

Dengan bakat yang menyerlah yang dimiliki oleh Rosario Bianis ini, beliau juga telah banyak memenangi pertandingan seperti Asean Song Contest 2019 dan Bintang RTM 2016. Dengan adanya jemput kali ini, diharapkan akan menjadi satu pintu buat Rosario untuk ke pentas dunia.

Oleh itu, beliau akan berusaha sehabis baik yang mungkin dan kalah menang pula baginya adalah adat pertandingan juga. Menurut beliau juga, untuk pergi ke London kelak, Rosario juga bercadang untuk mencari penaja.

Semoga urusan untuk mencari penaja dipermudahkan dan semoga juga kejayaan milik Rosario di London kelak. Ayuh! Sama-sama kita sokong orang Sabah kita baini.

Anak-anak kelahiran Borneo sememangnya banyak yang hebat-hebat dan telah mencipta nama di peringkat antarabangsa. Antaranya adalah:

Kenali 5 Anak Sarawak Yang Mengharumkan Nama Malaysia Dalam Bidang Muzik Dan Filem Di Mata Dunia
Wanita Asia Pertama Pegang Jawatan Dalam Kabinet, Anak Sabah Ini Jadi Menteri Luar Australia
SUMBER :Instagram @rosariobianis94
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Boleh Bahayakan Pengguna Jalan Raya, Penjaja Tepi Jalan Di Betong Akhirnya Dipindahkan Boleh Bahayakan Pengguna Jalan Raya, Penjaja Tepi Jalan Di Betong Akhirnya Dipindahkan
Next Article Belasah Wanita Di Masja, Perbuatan Lelaki Dayus Ini Sempat Dirakam

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?