• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perahu Sebagai Ganti Bilik Darjah, Cikgu Di Kinabatangan Ini Tak Mahu Anak Muridnya Ketinggalan Pelajaran

Oleh
Husna Hazmi
28 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Berikut adalah pengorbanan Cikgu Nasir kepada anak-anak muridnya di Kinabatangan.

Perahu Sebagai Ganti Bilik Darjah, Cikgu Di Kinabatangan Ini Tak Mahu Anak Muridnya Ketinggalan Pelajaran. Tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang terjejas di musim PKP ini, bukan sahaja golongan dewasa yang terjejas, malah pelajar juga turut terkena tempias dari segi pelajaran.

Isi Isi Penting
  • Berikut adalah pengorbanan Cikgu Nasir kepada anak-anak muridnya di Kinabatangan.
  • Cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang guru di Kinabatangan
  • Mengemudi perahu sendiri di Sungai Kinabatangan untuk ke rumah anak-anak muridnya
  • Keadaan di kawasan pedalaman amat jauh berbeza daripada kawasan bandar
Perahu Sebagai Ganti Bilik Darjah, Cikgu Di Kinabatangan Ini Tak Mahu Anak Muridnya Ketinggalan Pelajaran
Perahu Sebagai Ganti Bilik Darjah, Cikgu Di Kinabatangan Ini Tak Mahu Anak Muridnya Ketinggalan Pelajaran

Cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang guru di Kinabatangan

Berikut adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang guru di Kinabatangan untuk memastikan anak muridnya tidak ketinggalan dalam pelajaran ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Oleh kerana sesi pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan, cikgu Nasir Mohamed Jamal, berusia 39 tahun mengajar mata pelajaran Sains, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Permai menggunakan perahu untuk menghantar modul pembelajaran kepada muridnya setiap minggu.

“Saya atau rakan guru lain akan mengambil inisiatif sendiri untuk menghantar modul Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menggunakan perahu sekali atau dua kali seminggu.

“Ini kerana menjalankan PdPR menggunakan peranti adalah mustahil kerana kami tiada perkhidmatan jalur lebar (yang baik),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Perahu Sebagai Ganti Bilik Darjah, Cikgu Di Kinabatangan Ini Tak Mahu Anak Muridnya Ketinggalan Pelajaran
Gambar sebagai hiasan

Mengemudi perahu sendiri di Sungai Kinabatangan untuk ke rumah anak-anak muridnya

Cikgu Nasir mengambil inisiatif mengemudi perahu sendiri di Sungai Kinabatangan untuk ke rumah anak-anak muridnya dengan hanya berbekalkan sebuah beg yang mengandungi modul PdPR dan meja lipat.

Berikutan tiada jeti atau tempat turun dari perahu yang sesuai di kampung berkenaan, beliau keluar dari perahunya dengan berhati-hati di kawasan cetek di tepi sungai dan menjemput muridnya di rumah berdekatan.

“Mari kita belajar hari ini macam biasa,” kata beliau kepada muridnya dan akan mengimbas suhu badan muridnya, memberikan cecair pensanitasi tangan dan pelitup muka kepada muridnya sebelum sesi pembelajaran di dalam perahu dimulakan.

Perahu Sebagai Ganti Bilik Darjah, Cikgu Di Kinabatangan Ini Tak Mahu Anak Muridnya Ketinggalan Pelajaran

Keadaan di kawasan pedalaman amat jauh berbeza daripada kawasan bandar

Nasir yang berasal dari Padang Rengas, Perak dan telah berkhidmat di sekolah tersebut sejak 10 tahun yang lalu, mengakui bahawa keadaan di kawasan pedalaman amat jauh berbeza daripada kawasan bandar.

Hal ini telah mewujudkan perasaan tanggungjawab dalam diri beliau serta lima guru lain di sekolah itu untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai realiti kehidupan di luar kampung mereka.

“Kami (guru-guru) akan menerangkan kepentingan untuk melanjutkan pelajaran kerana mereka ini boleh berjaya dan membawa perubahan kepada masyarakat sekeliling mereka,” tambah beliau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article JKJAV Umum Vaksin Sinovac Dan AstraZeneca Selamat Diambil Oleh Ibu Hamil Dan Ibu Menyusu
Next Article Tuah Semangat ‘Balang’, Muzik Video Alena Murang Raih 2 Anugerah Di International Music Video Awards UK 2021

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?