• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perbuatan Gadis Sarawak Semasa Perlawanan JDT VS Terengganu Ini Buat Netizen Musykil

Oleh
ILB - AI
11 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Dia taip apalah tu agaknya?

Perbuatan Gadis Sarawak Semasa Perlawanan JDT VS Terengganu Ini Buat Netizen Musykil. Ramai sedia maklum, semalam berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan Terengganu yang menyaksikan JDT menjuarai musim ini. Perlawanan bolasepak yang sengit tersebut telah dihadiri oleh ribuan penyokong tanpa mengira latar berlakang.

Salah satu peristiwa yang menarik telah dirakaman melalui sebuah video pendek Tiktok. Momen yang dirakam tersebut adalah perbuatan gadis Sarawak yang sedang memuatnaik status Whatsapp nya.

Perbuatan Gadis Sarawak Semasa Perlawanan JDT VS Terengganu Ini Buat Netizen Musykil
Perbuatan Gadis Sarawak Semasa Perlawanan JDT VS Terengganu Ini Buat Netizen Musykil. Sumber gambar: Tiktok CEO OF SENDU

Status Whatsapp gadis Sarawak menarik perhatian

Gadis Sarawak tersebut dirakam telah memuatnaik status Whatsappnya dengan menggunakan loghat Sarawak. Hal ini telah dirakam oleh salah seorang penonton yang nampaknya bukan berasal dari Sarawak. Dalam perkongsian video Tiktok tersebut, pemilik video ini meminta bantuan para netizen untuk menterjemahkan maksud di sebalik kemaskini status Whatsapp gadis tersebut.

Gadis Sarawak yang dirakam dari belakang tersebut memuatnaik status di Whatsappnya kerana ingin meluahkan perasaan semasa menyaksikan perlawanan sengit tersebut. Manakan tidak, baru sahaja pasukan Terengganu melakukan sepakan gol, terus pasukan JDT membalas jaringan gol tersebut.

Netizen pun tidak melepaskan peluang

Dengan perkongsian video Tiktok ini, kemusykilan pemilik akaun ini mendapat maklum balas yang positif daripada netizen. Mereka banyak berkongsi respon dengan menterjemah maksud status Whatsapp gadis Sarawak. Netizen memberitahu pemilik akaun tersebut bahawa gadis Sarawak tersebut sebenarnya tidak senang duduk menyaksikan perlawanan itu.

Perbuatan Gadis Sarawak Semasa Perlawanan JDT VS Terengganu Ini Buat Netizen Musykil
Sumber: Tiktok CEO OF SENDU

Malah, ada sesetengah netizen yang berkongsi bahawa mereka faham walaupun mereka bukan berasal dari Sarawak. Mereka memahami maksud status tersebut disebabkan mereka bersahabat dengan pelajar dari Sarawak semasa mereka sama-sama melanjutkan pelajaran.

https://vt.tiktok.com/ZSRaMCjnH/
Sumber video: Tiktok CEO OF SENDU

Perlawanan bolasepak adakalanya menyatukan penonton dengan cara yang tidak disangka. Hanya dengan sebuah video dan status, ramai yang terbuka mengetahui sesetengah kata atau frasa dalam bahasa Sarawak. Unik bukan?

Boleh baca artikel dibawah untuk mengetahui tentang kejadian yang berlaku sebelum, semasa mahupun selepas perlawanan bolasepak terkini:

Gelagat Penyokong Sabah ‘Mengalai’ Selepas Tamat Permainan Bola Sepak Bikin Netizen Terhibur
Bagaimana Pemain Bola Sepak Korea Ini Begitu Fasih Cakap Sabah?
SUMBER :Tiktok CEO OF SENDU
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kongsi Momen 10 Hari Berada Di Kuching, Kisah Lelaki Ini Terima Respons Positif Daripada Netizen Kongsi Momen 10 Hari Berada Di Kuching, Kisah Lelaki Ini Terima Respons Positif Daripada Netizen
Next Article Hanya Jalankan Tugas, Tindakan Polis Padamkan Tanglung Kong Ming Cetus Reaksi Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?