Penyokong Sarawak dan JDT semuanya baik-baik!
[VIDEO] ‘Terbaik La!’ Penyokong JDT Dan Sarawak Saling Berbalas Nyanyi Terima Kasih. Kehangatan perlawanan bola sepak dirasai oleh peminat bola tanah air lebih-lebih lagi pertandingan Liga Super Malaysia 2022 yang diadakan di Sarawak baru-baru ini.
Bila menang dipuji, bila kalah dikeji. Senario inilah yang sering berlaku dalam liga bola sepak tempatan apabila penyokong-penyokong bola sepak yang berlainan pasukan pasti tidak ‘ngam’ kalau duduk bersama.
![[VIDEO] 'Terbaik La!' Penyokong JDT Dan Sarawak Saling Berbalas Nyanyi Terima Kasih](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2022/07/296093571_5507380229326705_4431468980272235313_n-1024x768.jpg)
Keputusan yang diperoleh JDT berjaya menewaskan Sarawak United 4-0 pada aksi Liga Super Malaysia 2022.
Terdapat seorang pengguna Tiktok dengan nama pengguna @isaac_jaafar03 mencuri tumpuan ramai apabila satu video yang dikongsinya telah menerima pujian para penyokong bola Sarawak dan juga para netizen.
Seperti yang kita sudah sedia maklum, perlawanan antara Sarawak United FC menentang JDT telah diadakan pada 27 Julai yang lalu di gelanggang sendiri iaitu di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak.
![[VIDEO] 'Terbaik La!' Penyokong JDT Dan Sarawak Saling Berbalas Nyanyi Terima Kasih](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2022/07/Screenshot-2022-07-29-130401.png)
“JDT goal tetap kami sorak” – penyokong Sarawak
Video perkongsian di laman Tiktok tersebut menunjukkan penyokong JDT menyanyikan lagu ‘Terima Kasih Sarawak’ sebagai tanda penghargaan mereka terhadap penyokong Sarawak.
Kelihatan juga penyokong Sarawak di dalam video tersebut turut melambai-lambai ke arah penyokong JDT sebagai tanda mereka hormat akan keputusan yang diperoleh.
Lihat video di bawah:
@issacc_jaafar03 JUMPE LAGI🖤💛❤️ #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #johor #sarawak #pkc #sokongbolasepaktempatan #darijohoruntukjohor #ligasupermalaysia ♬ original sound – issaccJaafar👑
Nyanyian dibalas dengan nyanyian, penyokong Sarawak turut menyanyikan ‘Terima Kasih Johor’ kepada penyokong JDT. Ia sememangnya momen yang jarang dilihat apabila melihat penyokong dua negeri berlainan ini menghormati sesama sendiri.
Lihat video penyokong Sarawak membalas balik di bawah:
@ayshar2003 Replying to @cikman91 Terima Kasih penyokong Johor 🔥 #jdtvssarawak #sarawak #fypシ #ngapsayot #fyppelitbangett ♬ original sound – 𝓑𝓪𝓫𝔂 𝓐𝓢
![[VIDEO] 'Terbaik La!' Penyokong JDT Dan Sarawak Saling Berbalas Nyanyi Terima Kasih](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2022/07/Screenshot-2022-07-29-130556.png)