2 kluster tersebut dicaatkan di Kuching, Sarawak
TERKINI : 2 Kluster Hari Raya Aidilfitri Dicatatkan Di Sarawak Hari Ini. Menurut laporan harian Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak, 2 kluster tersebut telah dikesan di daerah Kuching. Latar belakang kluster kluster tersebut adalah seperti berikut.
Kluster Taman Sourabaya Indah, Kuching
Kluster Taman Sourabaya Indah merupakan satu kluster komuniti melibatkan sebuah keluarga dan rakan sosial yang dikesan di Taman Sourabaya Indah, Kuching. Pada 13 Mei 2021, kira-kira seramai 34 orang ahli keluarga terdekat telah berkumpul di rumah kes indeks untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri melibatkan lima (5) buah keluarga dari Daerah Kuching.
Hasil saringan ke atas kontak rapat kepada kes indeks ini dan semua ahli keluarga yang telah menghadiri majlis sambutan Hari Raya pada 13 Mei 2021, terdapat penambahan lapan (8) individu lain telah dikesan positif COVID-19 termasuk tujuh (7) kes baharu pada hari ini. Sejumlah 34 individu telah disaring di mana:
• 9 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks;
• 22 kes didapati negatif; dan
• 3 kes masih menunggu keputusan makmal.
Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.
Kluster Jalan Jambatan Gantung, Kuching
Kluster Jalan Jambatan Gantung merupakan satu kluster komuniti melibatkan aktiviti sosial semasa Hari Raya Aidilfitri yang dikesan melibatkan penempatan di Lorong 1, Jalan
Jambatan Gantung, Kuching. Pada 13 Mei 2021 iaitu pada Hari Raya Aidifitri, indeks kes telah melakukan kunjungan ke beberapa rumah di sekitar Kuching. Hasil saringan ke atas kontak rapat kepada kes ini termasuk ahli keluarga dan rumah yang telah dikunjungi, terdapat penambahan lapan (8) individu lain telah dikesan positif COVID19. Sejumlah 25 individu telah disaring di mana:
• 9 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks;
• 15 kes didapati negatif; dan
• 1 kes masih menunggu keputusan makmal.
Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.
Sarawak turut mencatatkan 2 lagi kluster yang lain, 1 di Kanowit, dan 1 lagi di Pakan. Kedua dua kluster tersebut melibatkan kawasan rumah panjang.
663 kes baharu COVID-19 di Sarawak hari ini.
Sarawak mencatatkan 663 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 320 atau 48.27 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Sibu, Kuching dan Miri.
Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Sibu (112), Kuching (105), Miri (103), Belaga (43), Bintulu (37), Serian (29), Betong (29), Selangau (26), Pakan (23), Samarahan (22), Mukah (16), Kapit (15), Tanjung Manis (15), Sarikei (14), Subis (11), Sri Aman (10), Lawas (9), Bau (8), Kanowit (7), Song (6), Pusa (4), Meradong (3), Julau (3), Beluru (3), Tatau (2), Tebedu (2), Asajaya (2), Marudi (1), Bukit Mabong (1), Dalat (1) dan Simunjan (1).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 42,283 kes. Daripada 663 kes baharu yang dilaporkan, seramai 85 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. 3 lagi kematian akibat COVID19 turut dicatatkan di Sarawak hari ini, 1 di Bintulu dan 2 lagi di Sibu.