• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Perkembangan Terkini Jambatan Ikonik Di Bintulu-Jepak

Oleh
Nazihah AN
13 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Ini Perkembangan Terkini Jambatan Ikonik Di Bintulu-Jepak

Jambatan Ikonik Bintulu-Jepak Bakal Dibuka Februari Ini

Ini Perkembangan Terkini Jambatan Ikonik Di Bintulu-Jepak. Bintulu kini semakin menghampiri satu lagi mercu tanda penting dengan pembinaan jambatan ikonik yang menghubungkan Bintulu dan Jepak. Gambar-gambar yang baru sahaja dikongsikan di Facebook oleh Bintulu INFO menunjukkan kerja-kerja penurapan di bahagian tengah jambatan sedang giat dijalankan.

Menurut sumber, jambatan Bintulu-Jepak sepanjang 1.2 kilometer dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2025. Rakyat setempat tidak sabar untuk melihat jambatan ini dibuka kepada umum.

Ini Perkembangan Terkini Jambatan Ikonik Di Bintulu-Jepak
Sumber gambar: Tan Kian Hui via FB Bintulu INFO

Papan Tanda Siap Dipasang

Papan tanda di jambatan ini telah dipasang untuk memberikan panduan kepada pengguna jalan raya. Untuk mereka yang ingin ke Jalan Kuala Tatau dan Lapangan Terbang, anda perlu belok ke kanan dan menaiki jambatan ini. Manakala mereka yang menuju ke pusat bandar dan Pantai Tanjung Batu, hanya perlu mengambil arah kiri.

Ini Perkembangan Terkini Jambatan Ikonik Di Bintulu-Jepak
Sumber gambar: Hossein via FB Bintulu INFO

Pemandangan Menakjubkan

Gambar dari sudut udara menunjukkan keindahan reka bentuk jambatan ini yang melintasi sungai, dikelilingi pemandangan bandar Bintulu yang pesat membangun. Dengan struktur yang kukuh dan penampilan yang moden, jambatan ini bakal menjadi kebanggaan rakyat Sarawak.

Jambatan ini juga akan menjadi mercu tanda baharu yang ikonik, menyerupai Jambatan Golden Gate di San Francisco, dan dilengkapi dengan lif menegak serta lampu hiasan yang akan menyerikan pemandangan pada waktu malam.

Jambatan ini akan memendekkan perjalanan dari Lapangan Terbang Bintulu ke bandar Bintulu kepada 6.4 kilometer berbanding 22 kilometer melalui Jalan Bintulu-Sibu.

Selain itu, jambatan Muara Lassa juga sudah dibuka kepada umum baru-baru ini:

Netizen Teruja Dapat Guna Jambatan Muara Lassa Buat Kali Pertama
Pembukaan Jambatan Batang Lassa Esok, Feri Muara Lassa Bakal Tinggal Kenangan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 80 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Besar Di Tawau
Next Article Pelajar Sibu Redah Banjir Dengan Bantuan APM Dan Tentera Demi Hadir Ujian SPM Pelajar Sibu Redah Banjir Dengan Bantuan APM Dan Tentera Demi Hadir Ujian SPM

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?