I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu

Kedung BK 29 Jun 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu
Kongsi

Berkhemah sambil menikmati pantai yang indah.

Anda mahu berkhemah di tepi pantai tetapi mahu semuanya lengkap? Jangan risau, kami ada cadangan lokasi berkhemah yang pasti memuaskan hati anda. Bukan itu sahaja, anda pasti merasai pengalaman berbeza menginap di sini kerana tapak khemah ini bukan seperti tapak khemah yang biasa.

Permata Pugu Camping Site terletak di tepi pantai Kampung Pugu Lundu dan mengambil masa sekitar 2 jam dari Bandaraya Kuching. Konsep camping site ini memberi pilihan kepada penginap dimana mereka boleh berpilih untuk bermalam dalam khemah, menginap dalam kabin yang selesa di tepi pantai atau membawa khemah sendiri untuk didirikan di situ.

Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu
Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu

Menawarkan Pemandangan Indah

Sekiranya anda berminat untuk menginap disini, anda akan ditawarkan pemandangan keindahan pantai dengan laut yang membiru. Malah, anda akan dikelilingi gunung dan bukit yang cantik dipandang.

Anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti santai disini bersama keluarga dan rakan-rakan anda seperti bermain layang-layang, bersiar-siar di sepanjang pantai, berenang, memancing, BBQ, malah suasana di sini sangat menarik dan boleh dijadikan latar untuk aktiviti fotografi. Selain itu, sekiranya anda bermalam di sini dan cuaca mengizinkan, anda bakal menikmati pemandangan taburan bintang pada waktu malam yang sangat mengagumkan.

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan aktiviti lasak sikit, anda boleh sahaja mendaki Bukit Gondol dan terus berkhemah di situ!

Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu
Anda boleh berpilih untuk daki Bukit Gondol dan berkhemah di sana. Sekiranya cuaca baik, anda berpeluang untuk melakukan aktiviti stargazing di sini.

Pilih Mana-Mana Khemah Atau Kabin Ikut Kesesuaian Anda

Seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh berpilih untuk menginap dalam khemah sedia ada. Jangan risau, semua khemah sudah dilengkapi dengan kemudahan seperti kipas, tilam dan bantal (tapi digalakkan untuk bawa bantal dan selimut sendiri jika anda tidak mahu ‘bersaing’ selimut dengan rakan anda. Hehe)

Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu
Terowong gergasi
Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu
Antara khemah yang disediakan.

Sekiranya anda berpilih untuk bermalam dalam kabin, campsite ini juga menyediakan kabin untuk keselesaan anda.

Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu
Antara kabin yang disediakan.

Jika cuaca mengizinkan, anda boleh juga tidur atas buaian yang disediakan (jangan lupa guna insect repellent!)

Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu
Boleh-boleh anda layap tertidur sambil mendengar ombak laut!

Anda boleh bersantai dalam antara pondok-pondok tersedia ada di persekitaran campsite.

Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu
santai-santai lah anda di tepi pantai.

Sekiranya anda berminat untuk berkunjung ke sini, anda boleh mengujungi laman Facebook rasmi Permata Pugu Camping Site di SINI.

Lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Perlu Ambil Suhu Di Setiap Kedai, Kini Cukup Di Pintu Masuk Utama Pusat Beli Belah Sahaja
Next Article Tiada Akses Jalan Dekat, Penduduk Terpaksa Ke Jeti Dapatkan Internet Untuk Belajar Di Kampung Semilang Kuching

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?