I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Pernah Miliki 10 Buah Pesawat, Ini Sejarah Borneo Airways Yang Anda Perlu Tahu
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pernah Miliki 10 Buah Pesawat, Ini Sejarah Borneo Airways Yang Anda Perlu Tahu

Oleh Nur Afifah 19 November 2022
Kongsi
6 Min Bacaan

Pernahkah anda mendengar nama Borneo Airways?

  • Borneo Airways berasal daripada sebuah syarikat penerbangan bernama Sabah Airways Limited yang ditubuhkan pada tahun 1947 dan Borneo Airways Limited yang ditubuhkan pada tahun 1957.
  • Borneo Airways pernah memiliki sebanyak 10 buah pesawat dan terbang ke 25 destinasi domestik.
  • Pada tahun 1965, Borneo Airways dibubarkan dan diserap ke dalam Malayan Airways, untuk menubuhkan Syarikat Penerbangan Malaysia-Singapura.

Sejarah awal Borneo Airways bermula daripada Sabah Airways Limited (SAL)

Pernah Miliki 10 Buah Pesawat, Ini Sejarah Borneo Airways Yang Anda Perlu Tahu. Susur galur Borneo Airways berasal daripada sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Sabah iaitu Sabah Airways Limited (SAL), yang ditubuhkan oleh Straits Steamship Company Limited dan kerajaan British Borneo Utara. Syarikat ini telah pun bertapak sejak tahun 1947. SAL merupakan anak syarikat kepada Malayan Airways.

Sebelum dinamakan sebagai Borneo Airways, penerbangan pertama menggunakan nama Sabah Airways Limited (SAL) bermula pada bulan Mei 1953 diikuti dengan penerbangan dua kali seminggu yang dijadualkan pada bulan Jun 1953, menghubungkan Jesselton dan Sandakan melalui Kudat, Ranau dan Keningau. Operasi mereka kemudiannya dikembangkan ke Tawau pada September 1953 dan Lahad Datu pada 1954.

Pernah Miliki 10 Buah Pesawat, Ini Sejarah Borneo Airways Yang Anda Perlu Tahu
Pernah Miliki 10 Buah Pesawat, Ini Sejarah Borneo Airways Yang Anda Perlu Tahu. Sumber: Peter Davis Collection via Air-Britain Photographic Images Collection

Pada sekitar tahun 1955, SAL meluaskan operasi penerbangan mereka dengan mula terbang ke Brunei dan juga Sarawak. Pada kemuncak kegemilangan operasinya, SAL memindahkan pusat operasi hub utama mereka dari Sandakan Aerodrome ke Pulau Labuan yang dikatakan mempunyai lokasi yang lebih strategik dan berpusat.

SAL diserap menjadi Borneo Airways

Menyedari keperluan pengangkutan udara menghubungkan wilayah dalam Borneo dengan kadar segera, kerajaan kolonial British Borneo Utara bersama-sama kerajaan kolonial Sarawak dan kerajaan Brunei dengan kerjasama British Overseas Airways Corporation dan Malayan Airways telah menubuhkan Syarikat Borneo Airways Limited pada tahun 1957. Malang bagi SAL, menjelang tahun 1958, mereka menghadapi masalah kewangan yang buruk untuk kekal beroperasi. Kerajaan British kemudiannya bertindak membeli semua saham syarikat SAL, sekaligus mengambil alih semua operasinya. Borneo Airways Limited dijenamakan semula sebagai Borneo Airways selepas penggabungannya bersama Sabah Airways Limited.

Borneo Airways ini juga bukan sahaja menawarkan perkhidmatan penerbangan penumpang, kargo dan mel udara terus dari Borneo ke Singapura. Pusat operasinya kekal di Labuan meskipun didaftarkan di Kuching, Sarawak.

Pernah Miliki 10 Buah Pesawat, Ini Sejarah Borneo Airways Yang Anda Perlu Tahu
Pesawat Borneo Airways. Sumber: Dave Welch Collection via Air-Britain Photographic Images Collection

Di Sarawak, Borneo Airways tidak menyediakan kaunter jualan tetapi sebaliknya meletakkan kepercayaan penjualan tiket dan aktiviti pemasaran kepada syarikat Sarawak yang berpangkalan di Kuching iaitu Sarawak Steamship Limited.

Disebabkan kerajaan British Borneo turut memiliki kepentingan minoriti dalam syarikat penerbangan Malayan Airways Limited, penyelarasan jadual penerbangan juga dapat dilakukan dengan mudah. Memandangkan Malayan Airways turut mempunyai laluan penerbangan ulang alik dari Singapura sama seperti Borneo Airways, sebuah perjanjian untuk penyelarasan jadual ditandatangani oleh pihak Borneo Airways dan Malayan Airways pada tahun 1961.

Pernah Miliki 10 Buah Pesawat, Ini Sejarah Borneo Airways Yang Anda Perlu Tahu
Jadual penerbangan Borneo Airways pada tahun 1964. Sumber: timetableimages.com

Penubuhan Malaysia memberi impak besar kepada Borneo Airways

Episod kegemilangan Borneo Airways tidak bertahan lama. Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 yang menyaksikan Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu, memberi impak yang besar kepada operasi penerbangan Borneo Airways kerana pertukaran pentadbiran.

Oleh yang demikian, hal ehwal penerbangan penumpang, kargo dan mel udara daripada Sabah dan Sarawak telah diambil alih oleh syarikat Malayan Airways yang pada ketika itu memiliki penerbangan terus Singapura-Kuching dan Singapura-Kota Kinabalu. Kesannya, Borneo Airways hanya diberi kebenaran untuk membawa penumpang dan kargo dalam wilayah Sabah, Sarawak dan Brunei.

Berakhirnya legasi Borneo Airways

Pada tahun 1963, Malayan Airways menukar namanya sebagai Malaysian Airways dan kemudiannya Malaysia–Singapore Airlines (MSA). Menjelang tahun 1965, MSA juga bertindak membeli kesemua saham dan pemilikan Borneo Airways, yang menandakan berakhirnya legasi syarikat penerbangan original Borneo. Borneo Airways yang diserap ke dalam MSA pada ketika itu memiliki 3 pesawat Douglas DC-3 dan 2 pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer. Namun, secara keseluruhannya, Borneo Airways memiliki 10 buah pesawat sejak ia mula beroperasi dari tahun 1953 sehingga tahun 1965.

Pernah Miliki 10 Buah Pesawat, Ini Sejarah Borneo Airways Yang Anda Perlu Tahu
Sumber: Twitter @dinoza

Selepas Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1965, aset MSA dipecahkan pada tahun 1972 untuk membentuk dua syarikat penerbangan nasional yang berbeza iaitu Malaysian Airline System (MAS) dan Singapore Airlines.

Operasi MAS terkandung sejarah Borneo Airways

MAS kemudiannya terus mendominasi penerbangan domestik di dalam Malaysia serta beberapa laluan antarabangsa bermula 1 Oktober 1972. Bagi melancarkan pengangkutan udara melalui bandar utama ke kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, perkhidmatan penerbangan Twin Otter MASWings diperkenalkan dari tahun 2007 sehingga sekarang.

Pernah Miliki 10 Buah Pesawat, Ini Sejarah Borneo Airways Yang Anda Perlu Tahu
Pesawat Twin Otter Series 400 milik MASWings. Sumber: vikingair.com

Borneo Airways cuba muncul kembali

Sekitar tahun 1997, nama Borneo Airways muncul kembali apabila Royal Brunei Airlines (RBA) memutuskan hubungannya dengan syarikat penerbangan Hornbill Skyways. RBA mengoperasikan semula Borneo Airways versi 1997 ini dengan kerjasama syarikat Corporate Centre Sdn Bhd di Miri. Destinasinya merangkumi Miri, Labuan dan Mulu menggunakan pesawat Dornier Do-228 dengan nombor pendaftaran Malaysia (9M-BOR). Namun ia hanya sempat beroperasi selama setahun sahaja sebelum nama Borneo Airways terus hilang sehingga ke hari ini.

Tanpa kita sedari, sejarah Borneo Airways ini sedikit sebanyak membawa kepada perkhidmatan pengangkutan udara yang sering kita naiki pada hari ini iaitu MAS.

Adakah era kegemilangan Borneo Airways dapat dihidupkan semula oleh syarikat penerbangan butik Sarawak yang dikhabarkan bakal ditubuhkan tidak lama lagi? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terpaksa Redah Banjir Untuk Tunaikan Tanggungjawab, Keadaan Di Miri Ini Menyayat Hati Netizen Terpaksa Redah Banjir Demi Tunaikan Tanggungjawab, Keadaan Di Miri Ini Menyayat Hati Netizen
Next Article Mengandungi Cerita Unik, Ketahui Sejarah Disebalik Nama-Nama Jalan di Kuching Mengandungi Cerita Unik, Ketahui Sejarah Disebalik Nama-Nama Jalan di Kuching

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?