• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tragedi Hitam Tenggelamnya M.V. Pulau Kidjang 1973 Di Muara Kuala Rajang Sarawak

Oleh
Ismail NA
3 Februari 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

Tragedi ini turut digelar tragedi ‘Titanic Malaysia’.

Tragedi Hitam Tenggelamnya M.V. Pulau Kidjang 1973 Di Muara Kuala Rajang Sarawak. 27 Disember 1973 pasti merupakan tarikh yang tidak akan dapat dilupakan oleh rakyat Sarawak.

Dibina pada tahun 1936 di Hong Kong, kapal tersebut asalnya dimiliki Syarikat Perkapalan Kidjang, Tanjung Pinang, Indonesia sebelum dibeli oleh Syarikat Perkapalan Messrs Central Shipping beralamat di Main Bazaar, Kuching dari sebuah syarikat perkapalan di Singapura.

Tragedi Tenggelamnya M.V. Pulau Kidjang 1973 Di Muara Kuala Rajang Sarawak
Kapal M.V. Pulau Kidjang yang karam di Tanjung Jerijeh, Rajang, Sarawak. Sumber: Google

Dalam tragedi tersebut, seramai 140 orang iaitu 110 penumpang dan bakinya 30 orang kru kapal terbabit dalam nahas maritim terburuk ini. Hanya 40 orang terselamat dan 53 mayat mangsa termasuk lima mayat anak kapal berjaya ditemui.

Manakala 47 mayat penumpang dan anak kapal gagal ditemui sehingga ke hari ini. Mereka termasuk enam sekeluarga yang berasal dari Sibu, Sarawak dipercayai terperangkap di dalam badan kapal malang tersebut.

Punca karam akibat cuaca buruk

Fenomena alam semulajadi, cuaca buruk ketika musim tengkujuh dan musim angin monsun timur laut dikaitkan sebagai punca utama tenggelamnya M.V.Pulau Kidjang.

Bagaimanapun tiada laporan dikeluarkan mengenai kemungkinan cuaca buruk bagi tempoh 24 jam ketika M.V.Pulau Kidjang meninggalkan jeti K.T.S. Kuching pada 26 Disember 1973.

Kebanyakan mangsa yang terselamat terutamanya anak-anak kapal memberitahu sebelum kejadian berlaku, hujan turun dengan lebat.

Angin bertiup kencang diiringi ribut kuat dan keadaan ombak besar mengakibatkan laut bergelora. Tanda awal keadaan cuaca buruk dirasai sebaik sahaja M.V. Pulau Kidjang keluar dari Muara Tebas seterusnya belayar ke Tanjung Po menuju Kuala Rajang.

Air memasuki kapal ketika laut ganas bergelora, gagal dikemudi dengan baik

Menurut saksi, air pasang yang berlaku mengakibatkan aliran arus air laut dan sungai menghulu di kawasan muara bertambah deras.

Kapal terumbang ambing ke kiri dan kanan akibat pukulan gelombang besar dan alunan ombak yang kuat di bahagian beting.

Dalam keadaan kapal terumbang-ambing, air laut semakin banyak melimpah masuk ke dalam kapal.

Dalam keadaan kelam kabut itu, usaha untuk mengemudi M.V.Pulau Kidjang tidak berjaya sebaliknya kedudukan badan kapal semakin condong ke kanan dan perlahan~lahan tenggelam di dasar muara Kuala Rajang.

Laungan meminta tolong masih lagi kedengaran. Tatkala itu juga, tangisan terus memecah kesepian dinihari. Langit muara Kuala Rajang gelap. Sekali lagi sarat awan menurunkan hujan. Badai angin dan ribut terus mengganas.

Laut masih bergelora saat tenggelamnya M.V.Pulau Kidjang.

Tragedi Tenggelamnya M.V. Pulau Kidjang 1973 Di Muara Kuala Rajang Sarawak

Kronologi Kisah Tenggelamnya MV Pulau Kidjang :

26 Disember 1973

  • 6.30 petang – penumpang mula menaiki kapal dan kargo dimasukkan
  • 8 malam – mula belayar dari Jeti K.T.S ke Muara Tebas menuju laut lepas

27 Disember 1973

  • MV Pulau Kidjang berselisih ‘kembarnya’, MV Rajah Mas sebelum memasuki perairan Tanjung Jerijeh
  • 2 pagi – sebaik menghampiri muara Kuala Rajang, cuaca bertukar buruk disusuli angin kencang dan ombak besar 
  • MV Pulau Kidjang dikendalikan juragan berpengalaman, namun sebaik sahaja menghampiri Tanjung Jerijeh, ia bertukar haluan akibat ombak besar dan angin kencang
  • Keadaan menjadi kelam kabut apabila tali pengikat kenderaan dan kargo di buritan kapal terputus menyebabkan kapal tidak stabil sebelum terbalik dan karam
  • Mangsa terselamat ditemui terdampar di Pantai Tanjung Gerigat oleh kapal pengangkut kayu, MV Hornbill yang kebetulan dalam perjalanan dari Selalang
  • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terbesar ketika itu dilancarkan, membabitkan kapal peronda, KD Seri Kelantan dan helikopter Nuri.
Tragedi Tenggelamnya M.V. Pulau Kidjang 1973 Di Muara Kuala Rajang Sarawak

Hari ini, setelah berpuluh tahun tenggelamnya M.V.Pulau Kidjang, mangsa yang terselamat dan waris-waris mangsa masih sukar melupakan peristiwa memilukan ini. Bagi waris-waris mangsa yang kehilangan orang tersayang dan mayat mereka berkubur di dasar muara bersama kapal malang ini, kesedihan yang mereka tanggung sukar diungkap dengan kata~kata.

Setiap kali kenangan menggamit ingatan hanya air mata dan doa yang mampu dihadiahkan.

Ini pula sejarah hitam antara Indonesia-Malaysia yang hampir cetuskan peperangan besar:

Sejarah Hitam Konfrontasi Indonesia-Malaysia Yang Hampir Cetuskan Perang Besar
Kenali Mohamed Bin Hamzah, Arkitek ‘Humble’ Pencipta Bendera Jalur Gemilang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Port Bihun Belacan Paling Padu Di Kuching Anda Kena Cuba
Next Article Perkembangan Teknologi Hidrogen Dan Solar Jadi Sebab Sarawak Dipandang Tinggi Diperingkat Persekutuan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?