• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perniagaan Terjejas Teruk, Hotel Tertua Di Sandakan Terpaksa Tutup Operasi

Oleh
ILB - AI
6 Jun 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Mereka akan menutup operasi pada 15 Jun 2020

Perniagaan Terjejas Teruk, Hotel Tertua Di Sandakan Terpaksa Tutup Operasi. Akibat perniagaan yang terjejas teruk terutamanya selepas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, hotel tertua di Sandakan iaitu Nak Hotel terpaksa menutup operasi mereka selepas 54 tahun beroperasi.

Perniagaan Terjejas Teruk, Hotel Tertua Di Sandakan Terpaksa Tutup Operasi
Perniagaan Terjejas Teruk, Hotel Tertua Di Sandakan Terpaksa Tutup Operasi

Hotel kedua Di Sandakan yang tutup secara rasmi

Penutupan ini menjadikan Nak Hotel sebagai hotel kedua di Bandar Sandakan setakat ini yang tutup, selepas sebelum ini hotel terbesar di Sandakan iaitu Four Points By Sheraton turut menamatkan operasi mereka.

Pengumuman penutupan operasi itu dilakukan di laman Facebook Ba Lin Rooftop Bar & Restaurant.

‘ Dengan hati yang berat, untuk kali pertamanya dalam sejarah 54 tahun operasi, Nak Hotel terpaksa memberhentikan operasi ‘ menurut Pengarah Urusan mereka, Linn Ngui

Mengendalikan operasi ketika perintah kawalan pergerakan dan norma baharu merupakan satu perkara yang sangat mencabar, dan mengakibatkan operasi mereka amat sukar untuk dipertahankan.

Walau bagaimanapun, menurut Lim Ngui lagi, kebajikan 20 orang pekerja mereka menjadi satu keutamaan mereka dengan walaupun terpaksa dilepaskan. Sebahagian daripada mereka pula akan dialihkan ke operasi lain dalam syarikat mereka.

Sementara itu, Restoran San Da Gen yang menjadi ikon bandar Sandakan tersebut akan kekal beroperasi.

Ba Lin Rooftop Bar & Restaurant yang terletak di atas bumbung Nak Hotel juga akan ditutup sehingga notis baharu.

Nak Hotel merupakan antara hotel tertua di Sandakan yang dibuka pada tahun 1954 oleh keluarga yang terkenal ketika itu dengan perniagaan balak.

Ba Lin Rooftop Bar & Restaurant yang terletak di atas bumbung hotel tersebut menjadi satu ikon dan juga tempat mesti dilawat sekiranya ada pelancong datang ke Bandar Sandakan.

https://www.instagram.com/p/B80yNwCFZTB/

Industri pelancongan sememangnya terjejas teruk, baca juga artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 9 Hari Tanpa Kes, Kuching Dan Samarahan Kembali Catat Kes Positif Baharu
Next Article 4 Beranak Di Sabah Cuba Bunuh Diri Selepas Tidak Sanggup Tanggung Malu Anak Jadi Scammer

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?