fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Permintaan Merosot, Hotel Sheraton Sandakan Bakal Tutup Operasi

iloveborneo Oleh iloveborneo
28 Mei 2020
Permintaan Merosot, Hotel Sheraton Sandakan Bakal Tutup Operasi
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Notis rasmi kepada pekerja mula tular pada 27 Mei 2020

Permintaan Merosot, Hotel Sheraton Sandakan Bakal Tutup Operasi. Hotel Four Points By Sheraton Sandakan akan menutup operasi mereka secara rasmi tidak lama lagi.

Permintaan Merosot, Hotel Sheraton Sandakan Bakal Tutup Operasi
Permintaan Merosot, Hotel Sheraton Sandakan Bakal Tutup Operasi

Dalam notis yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan hotel tersebut, kesemua pekerja akan ditamatkan perkhidmatan pada 31 Mei 2020 ini.

ADVERTISEMENT

Kurang permintaan dalam sektor perhotelan

Dalam notis itu juga, pihak pengurusan hotel tersebut memaklumkan bahawa kemerosotan ekonomi dan juga kekurangan permintaan dalam sektor perhotelan secara keseluruhannya menyebabkan hotel tersebut ditutup.

Pihak hotel juga sebelum ini telah mencari pelbagai alternatif untuk mengurangkan kerugian perniagaan seperti pemberhentian pekerjaan sementara kepada pekerja, namun usaha tersebut masih membebankan hotel tersebut.

ArtikelBerkaitan

Berikut Adalah 11 Pakej Bantuan Sarawakku Sayang BKSS 5.0 Bagi Rakyat Sarawak

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia

Namun begitu, pihak hotel tersebut menyatakan bahawa penamatan kesemua pekerja tersebut bukanlah berkaitan dengan prestasi kerja pekerja pekerja yang terkesan dengan keputusan tersebut.

ADVERTISEMENT

Pekerja juga akan dibayar baki gaji tahunan, faedah pemberhentian kerja dan juga pembayaran notis penamatan kerja berdasarkan Ordinan Buruh Sabah.

Difahamkan juga bahawa pekerja juga akan mendapat faedah dari Sistem Insurans Pekerja (EIS) yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

ADVERTISEMENT

Penutupan hotel ini merupakan satu tamparan terhadap sektor hospitaliti di Sandakan yang turut bergantung kepada pelancong yang datang untuk menikmati keindahan flora dan fauna di situ.

Hotel tersebut juga merupakan IKON di Sandakan kerana saiz dan kedudukan mereka yang paling strategik dengan permandangan yang menghadap laut selain dikelilingi pelbagai restoran makanan.

Baca Juga Artikel Lain Berkenaan Sandakan :

Share2605Tweet186SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy