• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Persis Longan, Kenali Buah Isau Buah Tropikal Asli Daripada Sarawak

Oleh
Aina Musa
23 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Persis Longan, Kenali Buah Isau Buah Tropikal Asli Daripada Sarawak

Persis longan dan mata kucing

Persis Longan, Kenali Buah Isau Buah Tropikal Asli Daripada Sarawak. Isau atau longan hijau adalah jenis buah tropikal yang asli dari Sarawak. Pokok Isau selalunya dijumpai di sepanjang Sungai Rejang dan beberapa cabang anak sungai yang berselirat di bahagian Sibu dan Kapit.

Persis Longan, Kenali Buah Isau Buah Tropikal Asli Daripada Sarawak
Persis Longan, Kenali Buah Isau Buah Tropikal Asli Daripada Sarawak. Sumber: Borneo Oracle

Ketinggian pokok isau apabila mula matang boleh mencapai sekitar 10 meter tinggi. Bentuk buahnya adalah bulat dengan permukaan kulit yang berketuat dan kasar.

Rasa lebih sedap berbanding longan import

Selain daripada bentuk dan warna luarannya yang berbeza dengan buah longan diimport dari Thailand kerana sebelum masak buahnya akan berwarna hijau dan kekuningan.

Persis Longan, Kenali Buah Isau Buah Tropikal Asli Daripada Sarawak
Sumber: Bumi Iban

Dari segi rasa buah isau turut berbeza kerana isinya agak tebal serta rasanya mempunyai sedikit rasa rempah dan lebih sedap berbanding longan yang diimport.

Banyak khasiat dan boleh dijadikan minuman

Menurut sejarahnya sebelum buah isau menjadi antara buahan tropikal yang ditanam secara komersial, buah isau ini terlebih dahulu diketahui khasiat dan kelazatannya oleh penduduk pribumi Sarawak.

Persis Longan, Kenali Buah Isau Buah Tropikal Asli Daripada Sarawak

Dek kerana itulah buah isau juga turut pernah menjadi sebahagian daripada pokok yang ditanam dekat dengan kawasan penempatan mereka seperti di rumah panjang dan sebagainya.

Selain daripada isau menjadi buah yang dimakan terus isinya apabila masak, isau juga turut dijadikan antara kandungan di dalam minuman warga tempatan seperti air isau atau air mata kucing.

Baca lagi artikel menarik:

Menyerupai Cempedak, Nangka Dan Sukun, Ketahui Buah Terap Yang Boleh Didapati Di Pulau Borneo
Persis Longan Dengan Rasa Durian, Ketahui Buah Kristal Kesukaan Warga Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dicipta Sebagai Makanan Perang Askar China, Ini Sejarah Ringkas Roti Kompia Yang Popular Di Sibu Sejarah Ringkas Roti Kompia Yang Popular, Rupanya Dicipta Sebagai Makanan Perang Askar
Next Article Tiga Buah Sekolah Di Sarawak Terima Ancaman Bom Palsu Undang Gusar Netizen Tiga Buah Sekolah Di Sarawak Terima Ancaman Bom Palsu Undang Gusar Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?