• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pertama Ke Sarawak, PM Anwar Ibrahim Dijangka Adakan Lawatan Rasmi Awal Februari Ini

Oleh
Nazihah AN
7 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Pertama Ke Sarawak, PM Anwar Ibrahim Dijangka Adakan Lawatan Rasmi Awal Februari Ini

Ia dirancang pada 19 Jan tetapi jadualnya masih belum ditetapkan

Pertama Ke Sarawak, PM Anwar Ibrahim Dijangka Adakan Lawatan Rasmi Awal Februari Ini. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijangka bakal adakan lawatan rasmi pertamanya ke Sarawak pada awal bulan Februari ini.

Khabar tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof ketika ditemui pemberita semasa sarapan pagi bersama 200 kariah Masjid An-Nur di Restoran Dapur Ani, Sibu, pagi tadi.

Pertama Ke Sarawak, PM Anwar Ibrahim Dijangka Adakan Lawatan Rasmi Awal Februari Ini
Pertama Ke Sarawak, PM Anwar Ibrahim Dijangka Adakan Lawatan Rasmi Awal Februari Ini

Mesyuarat tersebut membincangkan perkara yang tidak dapat diputuskan di peringkat jawatankuasa teknikal.

Menerusi media tempatan, telah dilaporkan bahawa beliau bakal menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPPMA63) yang bakal diadakan di Kuching, tidak lama lagi.

Perdana Menteri telah bersetuju bahawa mesyuarat pertama majlis itu diadakan di Kuching semasa lawatan rasminya ke Sarawak. Saya tidak pasti sama ada bulan ini. Ia dirancang pada 19 Jan tetapi jadualnya masih belum ditetapkan. Kami harap ia akan diadakan selewat-lewatnya awal Februari,”

Jelas beliau, mesyuarat tersebut membincangkan perkara yang tidak dapat diputuskan di peringkat jawatankuasa teknikal berikutan perbezaan pendapat di kalangan kementerian dan agensi yang terlibat dalam autonomi Sabah dan Sarawak mengenai projek yang menelan belanja kurang daripada RM50 juta.

Pertama Ke Sarawak, PM Anwar Ibrahim Dijangka Adakan Lawatan Rasmi Awal Februari Ini
Kredit gambar: Utusan Borneo

Turut dinyatakan bahawa beliau bakal meminta kerajaan persekutuan untuk fokus ke arah perkembangan Sibu.

Timbalan Perdana Menteri turut berkata bahawa beliau akan meminta Kerajaan Persekutuan menumpukan perhatian ke arah perkembangan Sibu khususnya mengenai perumahan.

Kita akan lihat bagaimana kita boleh membantu sama ada pembangunan fizikal atau infrastruktur di sini. Salah satu cabaran di Sibu ialah kos pembinaan rumah yang tinggi memandangkan bandar ini terletak di atas tanah gambut.”

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata beliau akan memastikan bagaimana agensi kerajaan persekutuan dapat membantu negeri membangunkan rumah mampu milik untuk generasi muda.

Pertama Ke Sarawak, PM Anwar Ibrahim Dijangka Adakan Lawatan Rasmi Awal Februari Ini

Lagi artikel semasa untuk anda baca, boleh klik pautan bawah:

Skrin Besar Disediakan Di MYDIN Petrajaya, Khas Untuk Perlawanan Malaysia VS Thailand
Beam Mohon Warga Kuching Hantar Sokongan Bertulis Penggunaan E-Skuter Ke Dewan Bandaraya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Beam Mohon Warga Kuching Hantar Sokongan Bertulis Penggunaan E-Skuter Ke Dewan Bandaraya Beam Mohon Warga Kuching Hantar Sokongan Bertulis Penggunaan E-Skuter Ke Dewan Bandaraya
Next Article Gara-Gara Marah Anak Selalu Keluar, Seorang Ibu Di Singapura Menikam Paha Anak Sendiri Gara-Gara Marah Anak Selalu Keluar, Seorang Ibu Di Singapura Menikam Paha Anak Sendiri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?