• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Jo Umum Peruntukan Lebih RM300 Juta Untuk BCCK 2, Mampu Tampung 15,000 Orang

Oleh
Husna Hazmi
29 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

BCCK 2 mampu tampung acara perniagaan berskala besar

Abang Jo Umum Peruntukan Lebih RM300 Juta Untuk BCCK 2, Mampu Tampung 15,000 Orang. Dilaporkan bahawa, kerajaan Sarawak telah mengumumkan projek memperluaskan Borneo Convention Centre Kuching (BCCK 2) dengan kos melebihi RM300 juta bagi menampung acara perniagaan berskala besar.

Perkara ini didedahkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semasa Majlis Gala Anugerah Pelancongan Kenyalang Sarawak (SHTA) ke-9 bagi tahun 2019-2023 yang berlangsung di Pusat Acara Hikmah Exchange (HEEC) di Kuching pada malam semalam.

Abang Jo Umum Peruntukan Lebih RM300 Juta Untuk BCCK 2, Mampu Tampung 15,000 Orang
Abang Jo Umum Peruntukan Lebih RM300 Juta Untuk BCCK 2, Mampu Tampung 15,000 Orang. Sumber foto: Sinar Harian

Diperluaskan supaya mampu menampung sehingga 15,000 orang

Beliau telah memaklumkan bahawa BCCK akan diperluaskan supaya ia mampu menampung sehingga 15,000 orang. Pada masa ini, bangunan sedia ada hanya boleh memuatkan 5,000 orang, dan beliau berkata bakal dibina satu lagi kawasan yang boleh menampung tambahan 10,000 orang.

Premier turut menjelaskan bahawa, pembesaran BCCK 2 itu akan menelan belanja lebih RM300 juta yang akan dibiayai oleh kerajaan Sarawak. Projek ini dijangka memberi impak besar kepada sektor pelancongan perniagaan di negeri ini.

Pada 30 Ogos 2024, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, mengesahkan bahawa kontraktor bagi pembinaan BCCK 2 telah dikenalpasti dan pembinaan dijangka siap sebelum tahun 2028. Beliau juga menyatakan bahawa Kabinet Sarawak telah bersetuju untuk menempatkan pusat-pusat konvensyen di negeri ini di bawah pengawasan MTCP.

Abang Jo Umum Peruntukan Lebih RM300 Juta Untuk BCCK 2, Mampu Tampung 15,000 Orang
Sumber foto: FB BCCK

Pada majlis berkenaan juga, Abang Johari turut menerima Anugerah Khas Kepimpinan Pelancongan Serantau atas sumbangan beliau dalam memajukan pertumbuhan mampan di Sarawak.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Abdul Karim, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato Gerald Rentap Jabu, Setiausaha Tetap MTCP Datu Sherrina Hussaini, Presiden Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) Audry Wan Ullok, dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Sharzede Datu Salleh Askor.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Sarawak Umum Pembinaan 3 Hospital Baharu, Tingkat Potensi Pelancongan Perubatan
Abang Jo Umum Tambang Penerbangan MASWings Dijangka Lebih Murah
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Umum Pembinaan 3 Hospital Baharu, Tingkat Potensi Pelancongan Perubatan
Next Article Ini Kalender Cuti Umum Bagi Negeri Sabah Dan Sarawak Tahun 2025 Ini Kalender Cuti Umum Bagi Negeri Sabah Dan Sarawak Tahun 2025

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?