• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Umum Pembinaan 3 Hospital Baharu, Tingkat Potensi Pelancongan Perubatan

Oleh
Husna Hazmi
28 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Premier Sarawak umum pembinaan 3 hospital baharu Sarawak

Sarawak Umum Pembinaan 3 Hospital Baharu, Tingkat Potensi Pelancongan Perubatan. Dipetik dari New Straits Times, Premier Sarawak telah mengumumkan rancangan kerajaan negeri untuk membina tiga hospital baharu di Kuching, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pelancongan perubatan dan mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

Dua daripada hospital tersebut akan dibina oleh IHH Healthcare Bhd, masing-masing di kawasan Tabuan Dayak dan Jalan Batu Lintang, manakala sebuah lagi adalah Normah Medical Specialist Centre baharu di Santubong.

Sarawak Umum Pembinaan 3 Hospital Baharu, Tingkat Potensi Pelancongan Perubatan
Sarawak Umum Pembinaan 3 Hospital Baharu, Tingkat Potensi Pelancongan Perubatan. Sumber foto: Wikipedia

Telan kos pembinaan sebanyak RM300 juta

Normah Medical Specialist Centre yang baharu ini dijangka mempunyai kapasiti sebanyak 300 katil dan menelan kos pembinaan sebanyak RM300 juta.

Pembinaan hospital-hospital ini bukan sahaja akan meningkatkan akses kepada perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi tetapi juga menyokong pelancongan perubatan yang dilihat sebagai salah satu sektor penting dalam ekonomi Sarawak.

Sarawak Umum Pembinaan 3 Hospital Baharu, Tingkat Potensi Pelancongan Perubatan
Gambar sekadar hiasan

Sarawak catat lebih 3 juta ketibaan pelawat

Dalam ucapan terdahulu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, mengumumkan bahawa negeri Sarawak telah mencatatkan 3,289,357 ketibaan pelawat dari Januari hingga Ogos tahun ini, dengan peningkatan sebanyak 26.08 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Ketibaan pelawat ini telah menjana pendapatan pelancongan sebanyak RM8.50 bilion, meningkat lebih 29 peratus berbanding tahun 2023.

Dengan sasaran 4 juta ketibaan pelawat tahun ini, Sarawak dijangka memperoleh pendapatan sebanyak RM10.19 bilion daripada sektor pelancongan, yang akan menyumbang 7.25 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri. Pada tahun depan, negeri ini menyasarkan ketibaan 5 juta pelawat dengan anggaran pendapatan RM12.56 bilion, menyumbang 8.96 peratus kepada KDNK Sarawak.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Lengkap Dengan Teknologi Terkini, Projek Airport Kuching Baharu Boleh Tampung 15 Juta Penumpang
Abang Jo Umum Tambang Penerbangan MASWings Dijangka Lebih Murah

SUMBER :New Straits Times
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Jo Umum Tambang Penerbangan MASWings Dijangka Lebih Murah Abang Jo Umum Tambang Penerbangan MASWings Dijangka Lebih Murah
Next Article Abang Jo Umum Peruntukan Lebih RM300 Juta Untuk BCCK 2, Mampu Tampung 15,000 Orang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?