• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Luluskan Peruntukan RM 200 Juta Bagi Naik Taraf Jalan Stutong Link

Oleh
Husna Hazmi
9 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Stutong Link Road akan dinaik taraf menjadi jalan berkembar dua lorong

Kerajaan Sarawak Luluskan Peruntukan RM 200 Juta Bagi Naik Taraf Jalan Stutong Link. Berita baik untuk pengguna jalan raya di Kuching! Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan RM200 juta untuk menaik taraf Stutong Link Road menjadi jalan berkembar dua lorong bagi mengurangkan kesesakan antara BDC dan Tabuan Tranquillity.

Menurut jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Liew MC, projek ini kini dalam peringkat perancangan kejuruteraan dan reka bentuk, yang dijangka siap suku ketiga tahun ini. Selepas itu, projek akan masuk ke fasa tender dan lantikan kontraktor sebelum pembinaan bermula, yang dijangka pada hujung 2025 atau awal 2026 dengan tempoh siap sekitar 30 bulan.

Kerajaan Sarawak Luluskan Peruntukan RM 200 Juta Bagi Naik Taraf Jalan Stutong Link
Kerajaan Sarawak Luluskan Peruntukan RM 200 Juta Bagi Naik Taraf Jalan Stutong Link. Sumber gambar: Evolusibina

Pelbagai naik taraf bakal dilakukan

Projek ini akan melibatkan pelebaran jalan sepanjang 2km dari bulatan OneTJ hingga simpang lampu isyarat 1T3 menjadi dua lorong dua hala, pembinaan jambatan konkrit bertetulang sepanjang 90 meter bersebelahan jambatan sedia ada, penambahbaikan bulatan Stutong, peningkatan sistem perparitan dan culvert, serta pemasangan tanda jalan baharu.

Dalam masa yang sama, Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng turut menegaskan bahawa projek ini telah mendapat dana sebelum proses lantikan perunding kejuruteraan dimulakan, memastikan semua perancangan dibuat dengan teliti sebelum kerja pembinaan bermula.

Kerajaan Sarawak Luluskan Peruntukan RM 200 Juta Bagi Naik Taraf Jalan Stutong Link
Sumber gambar: The Borneo Post

Mengurangkan kesesakan lalu lintas

Projek ini penting kerana ia akan mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya berhampiran SJK Chung Hua No. 2, meningkatkan aliran trafik antara BDC dan Tabuan, serta memperbaiki infrastruktur perparitan dan sungai di kawasan tersebut.

Jadi, kalau korang selalu tersekat dalam jam di kawasan ni, bersabar sikit lagi! Dengan naik taraf ini, trafik bakal jadi lebih lancar dan perjalanan akan jadi lebih selesa!

Lagi berita menarik untuk anda di sini:

Petros Kini Tunggu Maklum Balas Petronas Dalam Kerjasama Sektor Minyak Dan Gas Sarawak
MySaveFood Berjaya Agih 200kg Lebihan Makanan Bazar Ramadan Kepada Yang Memerlukan
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Sebab Kenapa Anak Muda Lebih Suka Gunakan Perkhidmatan E-Hailing
Next Article 96 Bengkel Petronas AutoExpert Tawar Diskaun Servis Kenderaan Sempena Raya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?