96 bengkel Petronas AutoExpert (PAX) seluruh negara tawar diskaun ini
96 Bengkel Petronas AutoExpert Tawar Diskaun Servis Kenderaan Sempena Raya. Musim perayaan makin dekat, dan kalau anda bercadang nak balik kampung, pastikan kereta dalam keadaan tip-top! Berita baik buat anda, sebanyak 96 bengkel Petronas AutoExpert (PAX) seluruh negara menawarkan diskaun khas untuk servis kenderaan sempena Aidilfitri 2025.
Menerusi program Ihsan Madani Service Programme @ Petronas AutoExpert (SIM@PAX), pengguna boleh menikmati potongan harga antara 10 hingga 30 peratus untuk servis kereta, termasuk minyak pelincir mineral dan semi-sintetik. Program ini berlangsung dari 15 hingga 29 Mac 2025.

Sebahagian inisiatif daripada Payung Rahmah MADANI
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, inisiatif ini adalah sebahagian daripada agenda Payung Rahmah MADANI, yang sebelum ini telah dilancarkan ketika Tahun Baru Cina. Matlamatnya adalah ntuk membantu golongan berpendapatan rendah mengurangkan kos penyelenggaraan kenderaan semasa musim perayaan.
Lebih menarik, program ini juga akan diperluaskan untuk kenderaan diesel, terutama di Sabah dan Sarawak, bagi membantu peniaga kecil yang bergantung kepada trak pikap dan kenderaan diesel lain.

Cek bengkel dan buat temu janji
Nak tahu bengkel mana yang terlibat? Layari www.mymesra.com.my atau buat temu janji terus melalui aplikasi Setel.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan servis kereta awal agar boleh jimat duit untuk balik kampung dengan lebih tenang!

