• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pesakit COVID-19 Di Malaysia Diwajibkan Memakai Peranti Pengawasan Elektronik Mulai 11 Mac

Oleh
Husna Hazmi
10 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

3 Kategori akan memakai peranti pengawasan ini adalah PKCR, PUS dan PUI.

Pesakit COVID-19 Di Malaysia Diwajibkan Memakai Peranti Pengawasan Elektronik Mulai 11 Mac. Dilaporkan bahawa mana-mana individu yang dijangkiti dan sedang menjalani kuarantin di kediaman atau di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) akan dipakaikan gelang peranti pengesanan berteknologi tinggi mulai 11 Mac 2021 ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, antara individu yang akan dipakaikan gelang pengawasan berkenaan adalah Individu Dalam Pengawasan (PUS) dan disyaki berkontak rapat dengan pesakit COVID-19 (PUI).

Pesakit COVID-19 Di Malaysia Diwajibkan Memakai Peranti Pengawasan Elektronik Mulai 11 Mac
Pesakit COVID-19 Di Malaysia Diwajibkan Memakai Peranti Pengawasan Elektronik Mulai 11 Mac

Pelaksanaan pemakaian gelang ini telahpun termasuk dalam Seksyen 15A

Pelaksanaan pemakaian gelang ini telahpun termasuk dalam Seksyen 15A, iaitu lima peruntukan baharu dan dan lima peruntukan sedia ada dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang dimasukkan dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

“Untuk mereka tiga kategori ini sama ada diberikan perantin pengesanan teknologi terkini ataupun gelang tangan pengawasan jika mereka berada di hospital.Untuk gelang pengawasan ini hanya digunakan kepada mereka yang berada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau rumah.

“Ini kerana bila kita buat pengawasan di rumah menggunakan peranti tersebut, ia akan lebih mudah. Tetapi kalau di hospital, kita gunakan gelang tangan atau gelang pengawasan seperti di hospital,” menurut beliau.

Pesakit COVID-19 Di Malaysia Diwajibkan Memakai Peranti Pengawasan Elektronik Mulai 11 Mac

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Di bawah Ordinan Seksyen 15A, penalti akan dikenakan ke atas individu jika alat peranti pengesanan dimusnahkan, dirosakkan atau diubah.

Selain seksyen tersebut, peruntukan baharu termasuk Seksyen 21A – Arahan Ketua Pengarah; Bahagian IVA – Penguatkuasaan; Seksyen 22A – Kesalahan Oleh Pertubuhan Perbadanan; Seksyen 31 – Kuasa Membuat Peraturan-Peraturan Manakala lima pindaan perntukan sedia ada adalah; Seksyen 2 (1) – Taksiran Pegawai Diberi Kuasa; Seksyen 2 (1) – Tafsiran Pegawai Kesihatan Persekitaran; Seksyen 10 – Kehendak Supaya Memberitahu Tentang Penyakit Berjangkit dan Seksyen 24 – Penalti Am dan Seksyen 25 – Pengkompaunan Kesalahan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berubah Jadi Spiderman, Cikgu Pedalaman Sarawak Ini Buat Kejutan Sambut Pelajar Ke Sekolah
Next Article TERKINI: Sarawak Catat 1 Kluster Baru Hari Ini, Dipercayai Berpunca Daripada Aktiviti Perkumpulan Keagamaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?