• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: Sarawak Catat 1 Kluster Baru Hari Ini, Dipercayai Berpunca Daripada Aktiviti Perkumpulan Keagamaan

Oleh
Husna Hazmi
10 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kluster Melor, Pusa.

TERKINI: Sarawak Catat 1 Kluster Baru Hari Ini, Dipercayai Berpunca Daripada Aktiviti Perkumpulan Keagamaan. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) kluster COVID-19 baharu iaitu Kluster Melor, Pusa.

Isi Isi Penting
  • Kluster Melor, Pusa.
  • Indeks kes kepada kluster ini adalah seorang wanita warga tempatan
  • Terdapat 199 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak
  • Daerah Subis, Julau, Selangau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah

Kluster Melor merupakan kluster komuniti yang telah dikesan di Lorong Melor di Kampung Beladin yang terletak di dalam Daerah Pusa, Sarawak.

TERKINI: Sarawak Catat 1 Kluster Baru Hari Ini, Dipercayai Berpunca Daripada Aktiviti Perkumpulan Keagamaan
TERKINI: Sarawak Catat 1 Kluster Baru Hari Ini, Dipercayai Berpunca Daripada Aktiviti Perkumpulan Keagamaan

Indeks kes kepada kluster ini adalah seorang wanita warga tempatan

Indeks kes kepada kluster ini adalah seorang wanita warga tempatan (Sarawak), berumur 23 tahun yang telah dikesan melalui saringan individu bergejala pada 24 Februari 2021.

Hasil pengesanan dan saringan ke atas semua kontak rapat kepada kes indeks ini, tambahan 13 kes positif COVID-19 telah dikesan.

Penyebaran jangkitan telah berlaku dipercayai melalui pergaulan rapat dan aktiviti solat berjemaah di dalam surau di kampung tersebut.

Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 335 individu telah disaring di mana; 14 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes, 301 individu negatif, dan 20 individu masih menunggu keputusan.

TERKINI: Sarawak Catat 1 Kluster Baru Hari Ini, Dipercayai Berpunca Daripada Aktiviti Perkumpulan Keagamaan

Terdapat 199 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak

Selain itu, hari ini terdapat 199 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Sibu (41), Kapit (33), Kuching (33), Miri (22), Song (19), Bintulu (8), Tatau (8), Serian (6), Bau (6), Betong (6), Samarahan (4), Bukit Mabong (3), Mukah (2), Pusa (2), Dalat (1), Saratok (1), Sarikei (1), Sri Aman (1), Subis (1) dan Selangau (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 11,710 kes.

Hari ini, Daerah Samarahan dan Daerah Song telah bertukar status daripada status Kuning kepada status Jingga setelah masing-masing merekodkan 21 dan 23 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Bau dan Serian pula telah bertukar status daripada status Jingga kepada status Merah setelah masing-masing merekodkan sejumlah 41 dan 42 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

TERKINI: Sarawak Catat 1 Kluster Baru Hari Ini, Dipercayai Berpunca Daripada Aktiviti Perkumpulan Keagamaan

Daerah Subis, Julau, Selangau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah

Daerah Subis, Julau, Selangau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2,604 kes jangkitan tempatan dilaporkan di 10 buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kanowit, Sarikei, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus Jingga dengan jumlah keseluruhan 100 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Belaga, Lundu, Bukit Mabong, Tatau, Marudi, Mukah, Pusa, Asajaya, Beluru, Saratok dan Sebauh kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 96 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pesakit COVID-19 Di Malaysia Diwajibkan Memakai Peranti Pengawasan Elektronik Mulai 11 Mac
Next Article Tragedi Ketupat Berdarah Sambas 1999, Peristiwa Hitam Perkauman Di Pagi Raya

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?