• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
#innovatesarawak

Peserta Social Impact Accelerator (SIA) Bakal Pamer Keunikan Bisnes Menerusi Virtual Demo Day Anjuran TEGAS

Oleh
Ismail NA
16 Februari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan edisi pertama Virtual Demo Day program Social Impact Accelerator (SIA).

Peserta Social Impact Accelerator (SIA) Bakal Pamer Keunikan Bisnes Menerusi Virtual Demo Day Anjuran TEGAS. Pernahkah anda mendengar istilah perusahaan sosial ataupun social enterpise? Social enterprise ini merupakan suatu bentuk perniagaan yang mempunyai matlamat untuk memberikan impak dan manfaat kepada komuniti setempat dan sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka dengan cara menawarkan servis dan kemahiran lokal kepada orang luar.

Isi Isi Penting
  • Untuk pengetahuan anda, ini merupakan edisi pertama Virtual Demo Day program Social Impact Accelerator (SIA).
  • Saksikan secara langsung di Facebook Hub Inovasi Digital TEGAS pada 27 Februari ini
  • Program 6 bulan SIA persiapkan diri usahawan sosial untuk tarik minat pihak berkepentingan
  • Perkampungan Digital TEGAS bakal jadi ‘tulang belakang’ usahawan tempatan Sarawak ke peringkat global
  • Baca juga artikel lain berkenaan inovasi perusahaan lokal Sarawak :

Kebiasaannya, dana yang diperolehi oleh perniagaan sosial ini digunakan semula untuk membiayai program sosial yang dijalankan.

Sehubungan itu, Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) telah pun melancarkan satu lagi siri pecutan tahun lalu iaitu Social Impact Accelerator (SIA) buat julung kalinya.

Saksikan secara langsung di Facebook Hub Inovasi Digital TEGAS pada 27 Februari ini

Program yang telah bermula sejak September 2020 ini kini menghampiri penghujungnya dengan setiap peserta yang terlibat bakal mempamerkan keunikan model perniagaan sosial masing-masing menerusi Virtual Demo Day. Demo day ini bakal diadakan pada 27 Februari 2021, secara langsung menerusi Facebook LIVE Hub Inovasi Digital TEGAS.

Untuk pengetahuan anda, program SIA ini dianjurkan oleh TEGAS dibawah Hub Inovasi Digital TEGAS dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak Berhad (SDEC), dan Youth Trust Foundation (myHarapan). Untuk edisi julung kali ini, seramai 5 buah pasukan dari Kuching, Miri, Bintulu dan Long Nen, Ulu Baram, telah melayakkan diri bergelar peserta SIA. Mereka adalah Jonita Enterprise, Pungu Borneo, SupaReaders, EdaBeran dan Timogah.

Peserta Social Impact Accelerator (SIA) Bakal Pamer Keunikan Bisnes Menerusi Virtual Demo Day Anjuran TEGAS
Peserta Social Impact Accelerator (SIA) Bakal Pamer Keunikan Bisnes Menerusi Virtual Demo Day Anjuran TEGAS

Program 6 bulan SIA persiapkan diri usahawan sosial untuk tarik minat pihak berkepentingan

Sepanjang tempoh 6 bulan sebelum ini, kesemua usahawan sosial ini telah belajar, membina jaringan serta dipandu oleh mentor, usahawan yang berpengalaman serta pakar industri dalam ekosistem perusahaan sosial di Malaysia. 3 daripada 5 startup yang menyertai batch kali ini adalah alumni program pecutan TEGAS Pre-Accelerator sebelum ini.

Berikutan situasi pandemik pada masa ini, Virtual Demo Day SIA untuk edisi pertama ini bakal diadakan secara maya atau virtual di mana 5 usahawan sosial ini bakal melakukan sesi pitching kepada pihak berkepentingan (stakeholders) yang pelbagai seperti pelabur impak, kerajaan, agensi pembiayaan , pembuat polisi, penyelidikan dan akademik serta rakan ekosistem.

Turut hadir pada Virtual Demo Day tersebut adalah Pengerusi TEGAS, YB Datu Haji Len Talif Salleh serta CEO myHarapan, Nurfarini Daing, untuk sesi perasmian dan ucapan keynote.

Peserta Social Impact Accelerator (SIA) Bakal Pamer Keunikan Bisnes Menerusi Virtual Demo Day Anjuran TEGAS

SIA merupakan program pecutan berdurasi 6 bulan yang menyasarkan untuk memecut pertumbuhan perusahaan sosial peringkat awal di Sarawak bagi memastikan mereka mampu memberikan impak yang besar untuk Sarawak dan peringkat selanjutnya.

Perkampungan Digital TEGAS bakal jadi ‘tulang belakang’ usahawan tempatan Sarawak ke peringkat global

Jelas Pengerusi TEGAS, YB Datu Haji Len Talif Salleh, program SIA diharap dapat membantu usahawan sosial di Sarawak untuk terus membawa perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. TEGAS akan sentiasa membantu menyediakan sokongan dan memperkasakan usahawan tempatan untuk berkembang secara global melalui Perkampungan Digital TEGAS yang bakal dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak pertengahan tahun ini.

Beliau juga menggalakkan sektor swasta atau mana-mana badan untuk maju ke depan dan menyokong perusahaan sosial tempatan menerusi perolehan ataupun terlibat sama dalam menjayakan program CSR (Corporate Social Responsibility).

Anda boleh menyaksikan sesi pitching Virtual Demo Day secara langsung di Facebook rasmi TEGAS Digital Innovation Hub pada 27 Februari 2021 jam 2.30 petang.

Selamat maju jaya buat usahawan sosial SIA!

Baca juga artikel lain berkenaan inovasi perusahaan lokal Sarawak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Akan Bersiaran Buat Kali Terakhir Pada Hari Ini, Selamat Tinggal ntv7
Next Article Vaksin Fasa Pertama Imunisasi COVID-19 Akan Diberi Kepada Wartawan Sarawak Vaksin Fasa Pertama Imunisasi COVID-19 Akan Diberi Kepada Wartawan Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?