• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Diminta Perjelas Kerugian Pelaburan Kerajaan Negeri Dalam Serba Dinamik

Oleh
Ismail NA
24 Mei 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Langkah ini perlu bagi menunjukkan ketelusan kerajaan dalam pengurusan dana awam.

Kerajaan Sarawak Diminta Perjelas Kerugian Pelaburan Kerajaan Negeri Dalam Serba Dinamik. Kerajaan Sarawak digesa untuk mendedahkan maklumat terperinci tentang aktiviti pelaburannya serta anggaran kerugian yang dialami oleh Perbendaharaan Negeri dalam syarikat terpalit kontroversi, Serba Dinamik Holding Berhad.

Isi Isi Penting
  • Langkah ini perlu bagi menunjukkan ketelusan kerajaan dalam pengurusan dana awam.
  • Serba Dinamik didakwa kemuka pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia
  • Perbendaharaan Kewangan Negeri Sarawak pemegang saham kedua terbesar dalam Serba Dinamik
  • Saham Serba Dinamik kini tinggal 10 sen
  • 3 perkara penting yang rakyat perlu tahu berkaitan kerajaan Sarawak dan Serba Dinamik – Dr Kelvin Yii
  • Sebelum pilihan raya hujung tahun lalu, kerajaan Sarawak juga pernah ‘berjanji’ untuk menubuhkan syarikat penerbangan butik jika diberikan mandat semula. Baca lebih lanjut di sini:

Gesaan ini dibuat oleh ahli politik Parti Sarawak Bersatu Batu Lintang, See Chee How yang memberitahu bahawa menteri bertanggungjawab, iaitu Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, selaku Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Sarawak untuk menjelaskan kepada ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) serta orang awam tentang perkara terbabit.

Kerajaan Sarawak Diminta Perjelas Kerugian Pelaburan Kerajaan Negeri Dalam Serba Dinamik
See Chee How, PSB Batu Lintang. Kredit foto: Miera Zulyana

Serba Dinamik didakwa kemuka pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia

Serba Dinamik menghadapi tuduhan jenayah serius di bawah Seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, iaitu mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad.

Pelaburan kerajaan negeri dalam syarikat terbabit mencerminkan bahawa terdapat banyak tugasan yang perlu ditangani sekali oleh kita sekarang.

See Chee How, PSB Batu Lintang

Bermula daripada isu undang-undang, perebutan daripada pihak yang berdekatan, dan kemudian keputusan Peguam Negara yang mengenakan kompaun sebanyak RM 16 juta terhadap Serba Dinamik Holdings Berhad dan empat pengurusan tertingginya setelah kes tersebut digugurkan daripada mahkamah.

Kerajaan Sarawak Diminta Perjelas Kerugian Pelaburan Kerajaan Negeri Dalam Serba Dinamik

Perbendaharaan Kewangan Negeri Sarawak pemegang saham kedua terbesar dalam Serba Dinamik

Menurut Laporan Bersepadu Serba Dinamik pada tahun 2021, Perbendaharaan Kewangan Negeri Sarawak mempunyai pegangan saham sebanyak 159.5 juta dan 36 juta pegangan waran di dalam syarikat itu, menjadikan unit ini sebagai pemegang saham kedua terbesar dalam syarikat Serba Dinamik.

Manakala Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), badan berkaitan kerajaan Sarawak, memiliki pegangan saham sebanyak 21 juta dan 6 juta pegangan waran, setakat 2 Disember 2021.

Saham Serba Dinamik kini tinggal 10 sen

Sejak tercetusnya kontroversi dan pertuduhan dikenakan ke atas syarikat minyak dan gas terbabit, sahamnya di Bursa Saham Malaysia jatuh menjunam sehingga hampir 70% dan kini merekodkan purata saham hanya 10 sen sahaja, berbanding sekitar RM 1.61 pada 25 Mei tahun lalu.

Kerajaan Sarawak Diminta Perjelas Kerugian Pelaburan Kerajaan Negeri Dalam Serba Dinamik

See Chee How berkata bahawa menteri yang terbabit perlu menjelaskan perkara ini kepada seluruh ahli kabinet Dewan Undangan Negeri sama ada terdapat semakan ketekunan wajar secara bebas (independent due diligence) dibuat oleh kerajaan Sarawak, termasuklah lembaga-lembaga di bawah kerajaan dan perbadanan sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam sesebuah syarikat.

Bagi meningkatkan mutu tadbir urus, telah tiba masanya untuk kita mencipta dan mengguna pakai mandat pelaburan dan panduan bagi memastikan pelaburan kerajaan negeri membawa keuntungan yang baik untuk Sarawak dan rakyatnya.

Seluruh ahli kerajaan dalam DUN juga digesa untuk menunjukkan komitmen dan tekad untuk membentuk semula institusi negeri Sarawak.

Kita mesti bermula hari ini. Bermula dengan memupuk tadbir urus yang baik dalam menguruskan dana awam, menjadi lebih telus dan bertanggungjawab bagi memenangi semula keyakinan rakyat Sarawak. Ini juga bertujuan bagi memastikan kesejahteraan mereka dan generasi masa hadapan, menerusi penubuhan dana berdaulat Sarawak.

See Chee How, PSB Batu Lintang

3 perkara penting yang rakyat perlu tahu berkaitan kerajaan Sarawak dan Serba Dinamik – Dr Kelvin Yii

Kerajaan Sarawak Diminta Perjelas Kerugian Pelaburan Kerajaan Negeri Dalam Serba Dinamik
Dr. Kelvin Yii, Ahli Parlimen DAP Sarawak. Kredit foto: Boo Su-Lyn

Gesaan yang sama dibuat oleh Ahli Parlimen DAP, Dr. Kelvin Yii sambil menegaskan bahawa kerajaan Sarawak perlu telus dalam hal ini dan mendedahkan tiga perkara penting iaitu;

  1. Maklumat terperinci dan jumlah kerugian yang dialami oleh perbendaharaan negeri dan lembaga serta perbadanan berkaitan kerajaan yang memiliki saham dalam Serba Dinamik;
  2. Langkah proaktif yang telah diambil oleh kerajaan negeri serta;
  3. Pelan tindakan untuk memulihkan kerugian yang dialami.

Yii memberitahu bahawa isu ini adalah sebuah isu yang serius dan mempunyai kesan jangka masa panjang jika tidak ditangani dengan sebaiknya.

Sebelum pilihan raya hujung tahun lalu, kerajaan Sarawak juga pernah ‘berjanji’ untuk menubuhkan syarikat penerbangan butik jika diberikan mandat semula. Baca lebih lanjut di sini:

SUMBER :The Borneo PostFree Malaysia Today
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagak 'Kebal' Sempat Dirakam Netizen, Dua Pelajar Sekolah Berani Langgar Lampu Merah Di Kuching Lagak ‘Kebal’ Sempat Dirakam Netizen, Dua Pelajar Sekolah Berani Langgar Lampu Merah Di Kuching
Next Article Pesta Rare Yang Anda Wajib Pergi, Ketahui Fenomena Air Pasang Pesta Benak Di Sri Aman Pesta Rare Yang Anda Wajib Pergi, Ketahui Fenomena Air Pasang Pesta Benak Di Sri Aman

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?