• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Buat Petisyen Tuntut ADUN Pending, Violet Yong Mohon Maaf Dan Letak Jawatan

Oleh
Nazihah AN
7 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Netizen Buat Petisyen Tuntut ADUN Pending, Violet Yong Mohon Maaf Dan Letak Jawatan

ADUN Pending Dikecam Kerana Dakwaan Tidak Tepat Terhadap Hospital

Netizen Buat Petisyen Tuntut ADUN Pending, Violet Yong Mohon Maaf Dan Letak Jawatan. Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong, kini menjadi tumpuan selepas kenyataannya yang mendakwa kelewatan rawatan di Pusat Jantung Sarawak menerima kecaman hebat, termasuk daripada warga perubatan dan orang awam.

Satu petisyen dalam talian yang bertajuk “Pertahankan Doktor Kita – Tuntut Permohonan Maaf dan Perletakan Jawatan daripada Violet Yong” telah dimulakan di Change.org oleh seorang individu menggunakan nama pengguna Zwen 87. Sehingga kini (setakat artikel ini diterbitkan), sebanyak 1,399 tandatangan telah dikumpulkan sejak Sabtu lalu.

Petisyen Dalam Talian Kini Kumpul Ribuan Tandatangan

Petisyen tersebut menuduh Violet Yong mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas, menjejaskan imej Pusat Jantung Sarawak serta menjatuhkan maruah petugas barisan hadapan yang sedang berjuang di bawah tekanan kerja yang tinggi.

Kenyataan beliau bukan sahaja menghina warga kesihatan, malah mengelirukan masyarakat tentang realiti sebenar sistem kesihatan kita,” menurut petisyen itu.

Ia turut menyatakan bahawa para doktor di Pusat Jantung Sarawak telah menjalankan tugas mereka secara profesional dan cekap walaupun menghadapi kekurangan tenaga kerja.

Sebelum ini, Yong telah mendakwa bahawa seorang pesakit terpaksa menunggu hampir 20 jam sebelum dilihat oleh pakar jantung di pusat tersebut. Bagaimanapun, dakwaan itu telah disangkal oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dalam satu kenyataan rasmi.

Menurut JKNS, pesakit yang dimaksudkan tiba di Jabatan Kecemasan Pusat Jantung Sarawak pada jam 1 pagi, 29 Mac lalu dan telah dilihat oleh pegawai perubatan kecemasan dalam masa 10 minit.

Pesakit tersebut kemudian dirujuk kepada pegawai perubatan kardiologi yang pada waktu itu sedang merawat pesakit lain dalam keadaan kritikal. Rawatan susulan oleh pakar kardiologi bersama pegawai perubatan telah diberikan semasa pusingan rawatan pagi.

“Justeru, dakwaan bahawa tiada pakar kardiologi bertugas sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri sehingga menyebabkan kelewatan rawatan adalah tidak benar,” tegas JKNS.

Laporan daripada portal berita CodeBlue turut memetik ramai doktor di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membantah kenyataan Yong dan menuduh beliau menyebarkan maklumat tidak tepat.

Sehingga artikel ini diterbitkan, ADUN Violet Yong masih belum memberikan sebarang maklum balas terhadap penjelasan JKNS tersebut.

Baca juga cerita semasa di bawah:

Sarawak Bersedia Anjur Acara Tinju Sukan SEA 2027, Gelanggang Dicadang Dibina Di Sri Aman
Sarawak Bersedia Anjur Acara Tinju Sukan SEA 2027, Gelanggang Dicadang Dibina Di Sri Aman
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SKAS Dijangka Diteruskan Tahun Hadapan
Next Article Sukarelawan Diperlukan, Sertai Program Pemulihan Terumbu Karang Di Taman Tun Mustapha Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?