• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

SKAS Dijangka Diteruskan Tahun Hadapan

Oleh
Farisha
7 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Komited Bantu Rakyat Sarawak Capai Kesejahteraan Asas

SKAS Dijangka Diteruskan Tahun Hadapan. Skim Bantuan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dijangka akan diteruskan pada tahun hadapan bagi memastikan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, terus mendapat akses kepada barangan keperluan asas.

Perkara ini disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah ketika ditemui media semasa majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di sini semalam.

SKAS Dijangka Diteruskan Tahun Hadapan
SKAS Dijangka Diteruskan Tahun Hadapan

“Seperti yang dinyatakan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, beliau mahu memastikan rakyat Sarawak sentiasa mempunyai makanan di atas meja, tidak kira apa jua keadaan mereka,” kata Fatimah, menurut laporan media tempatan.

Bantuan dalam bentuk baucar digital

SKAS yang mula dilaksanakan tahun ini menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk baucar digital menerusi aplikasi S Pay Global, yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di premis-premis terpilih.

Bantuan ini menyasarkan golongan berpendapatan rendah di Sarawak sebagai langkah kerajaan negeri untuk menjamin keselamatan makanan dan kesejahteraan rakyat.

Masih belum mohon? Hubungi Jabatan Kebajikan

Dato Sri Fatimah turut menyeru individu yang masih belum menerima bantuan ini untuk menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar tindakan sewajarnya boleh diambil.

“Kami sedar masih ada yang belum tampil memohon, mungkin disebabkan faktor peribadi. Dalam kes seperti ini, kita perlu tampil membantu mereka,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, ahli keluarga yang lebih arif tentang proses permohonan juga digalakkan untuk membantu sanak saudara yang masih belum menerima manfaat ini.

“Datanglah ke hadapan dan maklumkan kepada pihak berkuasa, atau bantu ahli keluarga anda untuk mohon. Bantuan ini sebenarnya disediakan untuk tempoh setahun,” katanya lagi.

Komitmen kerajaan terhadap penambahbaikan

Menteri berkenaan turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri sentiasa menilai kelemahan dan kekuatan setiap inisiatif yang dilaksanakan bagi memastikan penyaluran bantuan lebih berkesan.

“Setiap kali kita melaksanakan inisiatif baharu, kita akan membuat penilaian bagi mengenal pasti sebarang kelemahan dan memperbaikinya. Matlamat utama ialah supaya rakyat dapat mengakses bantuan dengan lebih mudah dan efisien,” katanya.

Inisiatif seperti SKAS menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada mendapat bantuan asas — khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi yang tidak menentu.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Rakyat Berterima Kasih Kepada Abg Jo, Kongsi Kegembiraan Dapat Beli Barang Guna Bantuan SKAS
Untuk Sarawakian Di Sabah, Anda Boleh Guna Bantuan SKAS Di Emart Lintas Jaya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Bersedia Anjur Acara Tinju Sukan SEA 2027, Gelanggang Dicadang Dibina Di Sri Aman Sarawak Bersedia Anjur Acara Tinju Sukan SEA 2027, Gelanggang Dicadang Dibina Di Sri Aman
Next Article Netizen Buat Petisyen Tuntut ADUN Pending, Violet Yong Mohon Maaf Dan Letak Jawatan Netizen Buat Petisyen Tuntut ADUN Pending, Violet Yong Mohon Maaf Dan Letak Jawatan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?