• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Petronas Umum Penemuan Gas Baharu Di Perairan Bintulu Sarawak

Oleh
Aina Musa
21 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Petronas Umum Penemuan Gas Baharu Di Luar Pesisir Sarawak

Berjaya ditemukan 220 kilometer dari perairan Bintulu

Petronas Umum Penemuan Gas Baharu Di Perairan Bintulu Sarawak. Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berjaya mencatat penemuan gas di telaga cari gali Cengkih-1 di Blok SK 320 yang terletak di Wilayah Luconia Tengah, kira-kira 220 kilometer dari perairan Bintulu, Sarawak.

Petronas Umum Penemuan Gas Baharu Di Luar Pesisir Sarawak.

Menurut syarikat minyak dan gas nasional itu, telaga cari gali Cengkih-1 itu dapat digerudi sehingga kedalaman 1,680 meter pada Ogos 2022 dan mencecah lebih 110 meter turus gas dalam kawasan takungan mercu karbonat Miocene Cycle IV/V.

Petronas yakin wujud lebih banyak sumber gas

Ini sekali gus mengukuhkan lagi kewujudan lebih banyak sumber gas dalam kawasan blok tersebut, demikian menurut Petronas dalam kenyataannya pada Selasa.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Petronas, Mohamed Firouz Asnan berkata, penemuan terbaharu itu hanya mengesahkan lagi takungan karbonat yang berpotensi besar di Luconia Tengah.

Petronas Umum Penemuan Gas Baharu Di Perairan Bintulu Sarawak
Gambar hiasan

“Usaha penjanaan hasil daripada penemuan ini juga dapat dipercepat pada kos lebih rendah berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan kemudahan sedia ada, termasuk Pegaga yang telah memulakan pengeluaran pada Mac lepas,” katanya.

Petronas Carigali Sdn Bhd merupakan pemegang 25 peratus kepentingan dalam kontrak perkongsian pengeluaran di Blok SK 320 yang dikendalikan oleh Mubadala Development Company Oil and Gas Ltd dengan 55 peratus kepentingan penyertaan manakala baki 20 peratus dipegang oleh Sarawak Shell Bhd. – Bernama

Baca lagi artikel terbaru di sini:

Kisah Di Sebalik Nama ‘Pulau Burung’, Pulau Persinggahan Nelayan Di Sebuyau
Atlet Borneo Sapu Bersih Acara Lari Pecut 100M Lelaki MSSM 2022
SUMBER :Sinar Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Atlet Borneo Sapu Bersih Acara Lari Pecut 100M MSSM 2022 Atlet Borneo Sapu Bersih Acara Lari Pecut 100M Lelaki MSSM 2022
Next Article Didakwa Curang Ketika Isteri Mengandung, Adam Levine Akhirnya Beri Penjelasan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?