• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Didakwa Curang Ketika Isteri Mengandung, Adam Levine Akhirnya Beri Penjelasan

Oleh
Husna Hazmi
21 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Adam berkata bahawa dia akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini.

Didakwa Curang Ketika Isteri Mengandung, Adam Levine Akhirnya Beri Penjelasan. Semalam, tular sebuah video pengakuan daripada seorang wanita yang mendakwa vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine, curang dengan isterinya yang merupakan Angel Victoria Secret Behati Prinsloo.

Perkahwinan bintang terkenal Hollywood ini bersama isterinya pada 2014 telah mengurniakan mereka 2 orang cahaya mata dan kini Behati pula mengandungkan anak ketiga buat pasangan ini.

Namun baru-baru ini, seorang wanita telah memuatnaik video di akaun TikToknya dengan nama Sumner Stroh di mana dia berkongsi tangkap layar mesej di Instagram daripada Adam Levine kepada dirinya.

Didakwa Curang Ketika Isteri Mengandung, Adam Levine Akhirnya Beri Penjelasan
Didakwa Curang Ketika Isteri Mengandung, Adam Levine Akhirnya Beri Penjelasan. Tangkap layar dari TikTok sumnerstroh

Ingin menamakan anak ketiganya dengan nama Sumner

Di dalam mesej tersebut, Adam berkata dia ingin menamakan anak ketiganya yang masih di dalam kandungan dengan nama wanita tersebut. Sumner kemudiannya turut mengakui bahawa sebelum ini dia pernah menjalani hubungan sulit bersama suami Behati.

https://www.tiktok.com/@sumnerstroh/video/7145094095915240750?_r=1&_t=8VrEjbe4I2z&is_from_webapp=v1&item_id=7145094095915240750

Sumner juga berkata dia sudah berbulan tidak berhubung dengan Adam dan tiba-tiba sahaja dia menghantarkan mesej tersebut dengannya. Video tersebut juga telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di mana ramai yang berasa kecewa dengan dengan Adam dan juga berasa simpati dengan Behati.

Didakwa Curang Ketika Isteri Mengandung, Adam Levine Akhirnya Beri Penjelasan
Tangkap layar dari Instagram Adam Levine

Memuatnaik penjelasan di story Instagramnya

Tidak lebih dari 24 jam yang lalu (setakat artikel ini ditulis), Adam Levine telah memuatnaik penjelasan di story Instagramnya mengenai isu yang tular ini. Adam berkata dia tidak menjalani ‘hubungan sulit’ namun dia telah ‘menggatal’ atau flirty ketika berbual dengan wanita lain di media sosial.

Adam berkata bahawa dia akan mengambil langkah proaktif dengan menyelesaikan perkara ini bersama keluarganya. Dia juga berkata bahawa dia amat sayangkan isteri dan anak-anaknya dan sikapnya yang naif tersebut telah mempertaruhkan satu-satunya perkara penting di dalam hidupnya.

Menurut Adam lagi, ini merupakan kesilapan terbesar yang pernah dilakukannya dan dia akan bertangunggjawab sepenuhnya dengan apa yang telah berlaku.

Diharap agar perkara ini boleh menjadi pengajaran buat kita semua kerana apa yang kita lihat di depan mata itu tidak semestinya sempurna.

Baca lagi cerita menarik di sini:

Mahu Berlaku Adil, Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 53 Kali Sepanjang Hidupnya
Hilang Selama 7 Tahun, Penjenayah Paling Dikehendaki Muncul Mohon Kerja Polis Ditangkap
SUMBER :Instagram Adam Levine
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Petronas Umum Penemuan Gas Baharu Di Luar Pesisir Sarawak Petronas Umum Penemuan Gas Baharu Di Perairan Bintulu Sarawak
Next Article Ugut Ibu RM50 Gara-Gara Nak Beli Maggi Dan KFC, Seorang Lelaki Dipenjara Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?