• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

PGA Sarawak Rampas Produk Sejuk Beku Bernilai RM13 Juta

Oleh
Aina Musa
21 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
PGA Sarawak Rampas Produk Sejuk Beku Bernilai RM13 Juta

Produk sejuk beku bernilai RM 13 juta dirampas di Bintulu

PGA Sarawak Rampas Produk Sejuk Beku Bernilai RM13 Juta. Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas 657,050kg produk makanan sejuk beku pelbagai jenama bernilai RM13.3 juta dalam Op Taring Bravo di sekitar Kemena Industrial Estate, Bintulu, semalam.

Komander PGA Briged Sarawak Che Gazali Che Awang, berkata serbuan pada 8 pagi dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak serta Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Bintulu itu, turut menahan dua lelaki tempatan berusia 55 dan 70 tahun.

PGA Sarawak Rampas Produk Sejuk Beku Bernilai RM13 Juta
PGA Sarawak Rampas Produk Sejuk Beku Bernilai RM13 Juta. Sumber: FMT

“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 47,500 kotak mengandungi pelbagai bahagian daging ayam seperti sayap, paha, hempedu, dada, dan sosej.

Produk sejuk beku disimpan di sebuah gudang khas di Bintulu

“Turut ditemukan 5,500 kotak mengandungi pelbagai bahagian daging lembu seperti daging, tulang dan perut serta 1,900 kotak daging khinzir,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, semua produk makanan sejuk beku pelbagai jenama itu disimpan dalam ruang pembekuan di tiga buah bilik sejuk beku di premis berkenaan dipercayai tidak mempunyai permit import sah.

Che Ghazali berkata, pemilik premis itu telah dikenakan kompaun oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Bahagian Bintulu dan barangan telah dirampas untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 9(1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Dua Kotak Sosej Guna Logo Halal Tak Diiktiraf Dirampas KPDN Di Bintulu
Standard Kebersihan Teruk, Restoran Nasi Kandar Terkenal Di Kuching Diarah Tutup Oleh KKM
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Iban Ini Ceritakan Perbandingan Pengalaman Kerja Sebagai Jururawat Di Malaysia Dan Arab Saudi Wanita Iban Ini Ceritakan Perbandingan Pengalaman Kerja Sebagai Jururawat Di Malaysia Dan Arab Saudi
Next Article The Pillar Of Strength, Filem Animasi Sarawak Pertama Bawa Wira Iban Ke Pawagam Seluruh Negara The Pillar Of Strength, Filem Animasi Sarawak Pertama Bawa Wira Iban Ke Pawagam Seluruh Negara

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?