• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pinda Had Umur Kahwin : Undang-Undang Sarawak Sudah Tetapkan Umur Minimum 18 Tahun

Oleh
Ismail NA
21 November 2019
Kongsi
4 Min Bacaan
2 Daripada 3 Undang-Undang di Sarawak Telah Tetapkan Had Umur Minimum Perkahwinan

2 Daripada 3 Undang-Undang di Sarawak Telah Tetapkan Had Umur Minimum Perkahwinan

Kredit : ismaweb.net

Pinda Had Umur Kahwin : Undang-Undang Sarawak Sudah Tetapkan Umur Minimum 18 Tahun. Menerusi Sidang Parlimen bertarikh 19 Oktober 2019 (Selasa), pengumuman yang telah dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah mengenai pindaan Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) telah mengejutkan orang ramai. Menurut laporan draf berkenaan, masih terdapat 7 negeri yang tidak bersetuju untuk meminda akta berkenaan termasuklah negeri Sarawak.

Tidak Bersetuju Atau Belum Bersetuju?

Namun demikian, Menteri Kebajikan,Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, telah mengeluarkan kenyataan bahawa Sarawak tidak pernah menolak untuk meminda undang-undang had umur minimum perkahwinan. Sebaliknya, Sarawak menyokong penuh pindaan had umur perkahwinan kepada 18 tahun sepertimana yang dikehendaki oleh kerajaan. Belum memberi jawapan rasmi, mungkin?

Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Syariah Sarawak Telah Tetapkan Had Minimum Perkahwinan Pada Usia 18 Tahun

Kredit : hanasuva

Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara undang-undang yang diguna pakai di negeri Sarawak dan juga di Semenanjung. Sarawak mempunyai tiga bidang kuasa perundangan yang berkaitan dengan perkahwinan iaitu Undang-Undang Sivil, Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Adat. Daripada ketiga-tiga undang-undang ini, dua undang-undang telah menetapkan had umur minimum dengan jelas pada usia 18 tahun iaitu Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Syariah.

Nak Kahwin Sebelum 18 Tahun? Dapatkan Kelulusan Dahulu

Dalam Undang-Undang Sivil di Sarawak, sekiranya seseorang remaja ingin berkahwin sebelum usia 18 tahun atas sebab hamil sebelum berkahwin misalnya, mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada kerajaan negeri menerusi Residen Bahagian terlebih dahulu. Prosedur yang sama turut diguna pakai dalam undang-undang syariah iaitu perlu mendapatkan kelulusan mahkamah syariah sebelum perkahwinan dilangsungkan.

Hamil Sebelum Usia 16 Tahun Dianggap Kes Rogol Bawah Umur

Pinda Had Umur Kahwin : Undang-Undang Sarawak Sudah Tetapkan Umur Minimum 18 Tahun. Kredit : Healthline

Tambahnya lagi, jika terdapat situasi remaja yang hamil pada usia kurang daripada 16 tahun dan ingin memohon untuk berkahwin, pihak kerajaan negeri tidak akan berkompromi. Malah, kes tersebut dianggap sebagai kes rogol bawah umur secara automatik.

Undang-Undang Adat Masih Kumpul Persetujuan Etnik di Sarawak

Dari segi undang-undang adat, Majlis Adat Istiadat Sarawak masih berusaha untuk mendapatkan persetujuan daripada semua pihak untuk menetapkan had umur minimum perkahwinan kerana ia melibatkan pelbagai etnik di Sarawak.

2 Daripada 3 Undang-Undang di Sarawak Telah Tetapkan Had Umur Minimum Perkahwinan

Tiada Sebab Untuk Tidak Bersetuju

Perkahwinan bawah umur di negeri ini tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana undang-undang yang sedia ada harus dipatuhi. Tambahan pula, jika dilihat daripada penetapan had umur minimum yang sedia ada di Sarawak, tiada sebab untuk Sarawak tidak bersetuju untuk meminda had umur minimum perkahwinan kepada usia 18 tahun di peringkat kerajaan persekutuan.

Mungkin ia lebih tepat dikatakan sebagai “belum memberi kata putus” daripada “tidak bersetuju”? Apa komen anda?

Ikuti kami di laman sosial :

Facebook I Love Borneo

Instagram @iloveborneo

Youtube I Love Borneo

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Syarikat Pemula Sarawak Rangkul Anugerah SEA Game Awards 2019 Syarikat Pemula Sarawak Rangkul Anugerah SEA Game Awards 2019
Next Article Peluang Saksikan Bunga Rafflesia Yang Sedang Mekar di Taman Negara Gunung Gading Peluang Saksikan Bunga Rafflesia Yang Sedang Mekar di Taman Negara Gunung Gading

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?