• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Syarikat Pemula Sarawak Rangkul Anugerah SEA Game Awards 2019

Oleh
Ismail NA
13 November 2019
Kongsi
4 Min Bacaan
Syarikat Pemula Sarawak Rangkul Anugerah SEA Game Awards 2019

Ciptaan Anak Muda Sarawak Ini Ketepikan 49 Penyertaan Dari Seluruh Asia Tenggara. Gempak Wei!

Syarikat Pemula Sarawak Rangkul Anugerah SEA Game Awards 2019 .Kebelakangan ini, banyak pencapaian anak Sarawak yang sangat membanggakan kita terutamanya pencapaian di peringkat antarabangsa. Terbaharu, sekumpulan anak muda Sarawak yang mengelarkan diri mereka sebagai CtrlD (baca : Control D) telah memenangi anugerah Best Student Game di SEA Game Awards Kuala Lumpur 2019. Untuk pengetahuan anda, mereka telah mengetepikan sebanyak 49 penyertaan lain dari seluruh rantau Asia Tenggara untuk menyandang gelaran tersebut. Selain itu, CtrlD turut tercalon sebagai Top 4 untuk kategori Best Visual Arts. Nice lah!

CtrlD memenangi Anugerah Best Student Game di SEA Game Awards 2019.
http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/pengganti-msg-idea-pelajar-sarawak-menang-anugerah-siber-genius-antarabangsa-di-korea/

SEA Game Award KL 2019 ini diadakan sempena Level Up KL 2019 – sebuah persidangan premier gaming yang dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Majlis anugerah tersebut diadakan untuk mengenalpasti dan menghargai kreativiti, kesenian dan kemahiran teknikal dalam kalangan para pembangun permainan video di rantau Asia Tenggara.

Level Up KL 2019. Kredit : unpause.asia

Permainan ANO : Journeys Through Tattoos Dilengkapi Fungsi Augmented Reality (AR)

Syarikat Pemula Sarawak Rangkul Anugerah SEA Game Awards 2019

Permainan video yang diberi nama ANO : Journeys Through Tattoos adalah berdasarkan tatu tradisional Sarawak yang dibuat secara ketukan berulang (hand-tapped). Ia dilengkapi dengan fungsi Augmented Reality (AR) di mana tatu di dalam permainan tersebut boleh dilihat pada tangan pemain. Dengan adanya fungsi ini, ia bakal memberi satu kesan yang lebih real kepada para pemain sambil mempelajari seni tradisi masyarakat Sarawak ini. Barulah syiok!

Tak Sangka Tatu Pun Boleh Jadi Games! Ahli CtrlD Rupanya Pelajar Tahun Akhir Universiti

Syarikat Pemula Sarawak Rangkul Anugerah SEA Game Awards 2019
Pengasas bersama CtrlD, Goh Suan dan Joshua Chung. Kredit : swinburne.edu.my
Syarikat Pemula Sarawak Rangkul Anugerah SEA Game Awards 2019

Pencipta permainan video ANO, CtrlD merupakan sebuah studio creative tech yang berpangkalan di Kuching, Sarawak. Ia dianggotai oleh sekumpulan anak muda yang merupakan pelajar tahun akhir program multimedia design di Swinburne University, Kampus Sarawak. Menurut pengasas bersama CtrlD, Goh Suan dan Joshua Chung, matlamat dan fokus utama mereka adalah untuk menghasilkan kandungan khas yang menggabungkan elemen seni, rekaan dan teknologi.

CtrlD Jadikan TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Sebagai Platform

http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/pengganti-msg-idea-pelajar-sarawak-menang-anugerah-siber-genius-antarabangsa-di-korea/

Pada peringkat permulaan, CtrlD telah terpilih untuk menyertai TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp awal tahun ini dan berpeluang untuk membentangkan idea tentang permainan video ini kepada para pelabur dan penggerak industri. Selain itu, mereka juga telah terpilih untuk menyertai TEGAS Startup Lab untuk sesi Mei 2019 hingga Mei 2020. CtrlD yang dahulunya dikenali sebagai Fouracle menyertai program tersebut bersama startup lain yang terkenal seperti BeGo, The Founders Club, dan Miracolo.

Nak Jadi Macam CtrlD? Joinlah Startup Lab.

Untuk pengetahuan anda, TEGAS Startup Lab merupakan sebuah program inkubasi satu tahun yang terbuka kepada usahawan tempatan Sarawak yang berfokuskan sektor utama dalam Sarawak Digital Economy Strategy 2018-2025. Ia bertujuan untuk melengkapkan usahawan tempatan dengan kemahiran untuk mengembangkan perniagaan mereka berdasarkan Blueprint Digital Economy kerajaan Sarawak. Para peserta didedahkan dengan business coaching, mentoring & facilitation dan perkongsian pengetahuan daripada pakar industri. Selain itu, mereka juga diberi akses kepada kemudahan Digital Innovation Hub dan Digital Village Ecosystem Network, serta peluang untuk menyertai persidangan dan pameran perniagaan.

Anda boleh memuat turun permainan video ANO di pautan berikut:

ANO Google Play Store

ANO Apple Apps Store

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada CtrlD atas kemenangan bergaya dengan games tatu Sarawak. Ooooha!

Syarikat Pemula Sarawak Rangkul Anugerah SEA Game Awards 2019

Jangan lupa like dan share post ini! Follow juga kami di :

Facebook : I Love Borneo

Instagram : @iloveborneomy

Youtube : I Love Borneo

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bonus 2 bulan Atau Minima RM2000 Untuk Penjawat Awam Sarawak Bonus 2 bulan Atau Minima RM2000 Untuk Penjawat Awam Sarawak 2019
Next Article 2 Daripada 3 Undang-Undang di Sarawak Telah Tetapkan Had Umur Minimum Perkahwinan Pinda Had Umur Kahwin : Undang-Undang Sarawak Sudah Tetapkan Umur Minimum 18 Tahun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?