• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

PKP Fasa Ketiga Diramalkan Boleh Meredakan COVID-19

Oleh
ILB - AI
14 April 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
PKP Fasa Ketiga Diramalkan Boleh Tamatkan COVID-19

Berupaya menamatkan penularan wabak COVID-19

PKP Fasa Ketiga Diramalkan Boleh Meredakan COVID-19. Semasa sidang media semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disifatkan tempoh penting yang berupaya menamatkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Isi Isi Penting
  • Berupaya menamatkan penularan wabak COVID-19
  • Berdasarkan perkembangan statistik
  • Kerjasama semua pihak diperlukan
  • Baca Juga Artikel Lain :
Health D-G: 134 new cases today but below recoveries | Malaysia ...
PKP Fasa Ketiga Diramalkan Boleh Meredakan COVID-19

Berdasarkan perkembangan statistik

Beliau menjelaskan keyakinan itu bersandarkan kepada perkembangan statistik ketika penularan COVID-19. Tambah lagi, kesinambungan kawalan yang menyaksikan kejayaan hingga bilangan kes berupaya dikurangkan menerusi PKP fasa pertama dan kedua, oleh itu fasa ketiga PKP harus diteruskan.

“JP Morgan sebelum ini jangkakan kita bakal berdepan peningkatan kes mendadak sebanyak 6,300 kes esok, tetapi setakat jam 12 tengah hari tadi, Malaysia hanya mencatat 4,817 kes.” kata beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau menjangkakan hari ini jumlah keseluruhan positif COVID-19 adalah kurang daripada 5,000 kes, hasil keberkesanan daripada PKP fasa pertama dan kedua.

“Setakat minggu ke-13, Malaysia masih dalam fasa pemulihan daripada penularan wabak COVID-19, tetapi kita akan terus pantau sebab kes belum berkurangan lagi,”. tambah beliau.

Kerjasama semua pihak diperlukan

Beliau berkata lagi semua pihak perlu memberi kerjasama untuk mengurangkan kes dan bukan hanya daripada Kementerian Kesihatan.

“Jika kita boleh lakukannya, ada kemungkinan kita akan terus mengurangkan kes, bukan hanya meratakan lengkung tapi mungkin menamatkan COVID-19 di negara ini,” kata beliau.

Semoga semua warga Malaysia memberi kerjasama agar dapat merealisasikan ramalan ini.

Covid-19: What does 'flattening the curve' mean? | The Star Online
Matlamat utama “meratakan lengkung” adalah untuk mencegah puncak kes-kes yang tajam dan merebak jangkitan dalam tempoh yang lebih lama supaya sistem penjagaan kesihatan tidak akan terjejas. Kredit: The Star

Baca Juga Artikel Lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiada ATM di Pakan, Penduduk Beratur Panjang Di Balai Polis Dapatkan Permit Untuk Cucuk Duit Di Sarikei Tiada ATM di Pakan, Penduduk Beratur Panjang Di Balai Polis Dapatkan Permit Untuk Cucuk Duit Di Sarikei
Next Article Ini Cara Untuk Daftar Akaun Sarawak Pay Untuk Pengguna. Oh ya, ada RM5 percuma untuk anda! Ini Cara Untuk Daftar Akaun Sarawak Pay Untuk Pengguna, ada RM5 percuma untuk anda!

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?