• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

PM Cadang Individu Tolak Vaksin Bakal Dihadkan Pergerakan, Wajar Atau Tidak Wajar?

Oleh
Ismail NA
17 Februari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Kerajaan berkemungkinan mengenakan had pergerakan untuk individu yang menolak diberikan vaksin mulai 26 Februari ini.

PM Cadang Individu Tolak Vaksin Bakal Dihadkan Pergerakan, Wajar Atau Tidak Wajar? Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan 2021 serta manualnya telah pun dilancarkan semalam. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata individu yang menolak pemberian vaksin berkemungkinan dihadkan pergerakan untuk ke premis perniagaan dan restoran. Perkara tersebut adalah bagi memastikan Pelan Imunisasi Kebangsaan 2021 dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat.

Isi Isi Penting
  • Kerajaan berkemungkinan mengenakan had pergerakan untuk individu yang menolak diberikan vaksin mulai 26 Februari ini.
  • Sesuatu yang terlalu awal untuk diwar-warkan
  • Kerajaan Malaysia patut ambil risiko tawar suatu bentuk perlindungan untuk rakyat yang telah disuntik vaksin COVID-19
  • Rakyat yang ragu-ragu dengan vaksin tidak semestinya golongan anti-vaksin
  • Sarawak pula dikhabarkan ingin menyelesaikan proses vaksinasi seawal Ogos ini. Baca selanjutnya di sini :

Jelasnya lagi, selepas bermulanya program vaksinasi secara berperingkat ini kelak, berkemungkinan hanya individu yang telah mendapat suntikan vaksin COVID-19 sahaja dibenarkan memasuki premis perniagaan dan restoran.

Sesuatu yang terlalu awal untuk diwar-warkan

Namun demikian, ada sesetengah pihak yang menyifatkan bahawa tindakan Perdana Menteri mengumumkan perkara ini adalah sesuatu yang terlalu awal untuk diumumkan dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat, terutamanya rakyat yang masih ragu-ragu dengan keberkesanan vaksin serta golongan anti-vaksin.

PM Cadang Individu Tolak Vaksin Bakal Dihadkan Pergerakan, Wajar Atau Tidak Wajar?
PM Cadang Individu Tolak Vaksin Bakal Dihadkan Pergerakan, Wajar Atau Tidak Wajar?
Sumber : Pejabat Perdana Menteri

Dalam pada masa yang sama, tindakan mengehadkan pergerakan rakyat ini juga seolah-olah seperti tindakan pemerintah diktator dan bernada ugutan kepada rakyat.

Ada juga pihak yang mencadangkan agar kerajaan sepatutnya mendapatkan kepercayaan serta meyakinkan rakyat bahawa vaksin COVID-19 ini selamat diambil terlebih dahulu berbanding menghukum rakyat dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan seperti itu.

Kerajaan Malaysia patut ambil risiko tawar suatu bentuk perlindungan untuk rakyat yang telah disuntik vaksin COVID-19

Bagi membuktikan bahawa kerajaan Malaysia benar-benar yakin bahawa vaksin COVID-19 ini selamat, bersih dan berkesan, pihak kerajaan sepatutnya berani mengambil risiko untuk menawarkan suatu bentuk polisi perlindungan kepada rakyat sekiranya berlaku kesan sampingan selepas mengambil vaksin ini. Jika berlaku kematian, maka lebih besar nilai perlindungan yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi melindungi rakyatnya yang terkesan. Tindakan ini tentunya meyakinkan rakyat bahawa kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan berani mengambil risiko.

Polisi seperti ini sudahpun diperkenalkan oleh negara jiran di Singapura di mana mereka akan menawarkan sejumlah bantuan kewangan untuk mana-mana individu yang mengalami kesan sampingan selepas disuntik vaksin COVID-19. Malah, jika berlaku sebarang kematian, nilai bantuan yang akan diberikan tentunya lebih tinggi.

PM Cadang Individu Tolak Vaksin Bakal Dihadkan Pergerakan, Wajar Atau Tidak Wajar?

Rakyat yang ragu-ragu dengan vaksin tidak semestinya golongan anti-vaksin

Permasalahan utama yang dihadapi oleh negara pada masa kini ialah tahap pengetahuan dan keyakinan rakyat terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin. Jika telah disuntik, mana mampu dapat diundur semula. Tidak semua pula golongan yang ragu-ragu ini anti kepada vaksin. Maka, dari sinilah kerajaan sepatutnya bekerja keras dalam apa jua cara sekalipun untuk menyampaikan informasi yang tepat dan meyakinkan kepada golongan ini. Sekiranya mereka telah yakin, maka mereka sendiri juga yang akan membantu menyebarkan keyakinan ini kepada masyarakat yang lain.

Impaknya, sudah tentu pelan imunisasi ini berjalan lancar tanpa ramai rekod rakyat yang menolak pemberian vaksin.

Jadi, adakah anda rasa tindakan PM ini wajar atau tidak? Kongsikan kepada kami di ruangan komen.

Sarawak pula dikhabarkan ingin menyelesaikan proses vaksinasi seawal Ogos ini. Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Kuching Kini Telah Bertukar Kepada Status Merah Daripada Status Jingga
Next Article Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak, Rosmah Mansor Diarah Bela Diri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?