• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak, Rosmah Mansor Diarah Bela Diri

Oleh
Husna Hazmi
18 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Rosmah berdepan tiga pertuduhan rasuah termasuk rasuah projek solar di Sarawak.

Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak, Rosmah Mansor Diarah Bela Diri. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini telah memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membela diri atas tiga pertuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya.

Isi Isi Penting
  • Rosmah berdepan tiga pertuduhan rasuah termasuk rasuah projek solar di Sarawak.
  • Memberi keterangan secara bersumpah
  • Meminta suapan untuk dirinya sendiri sebanyak RM187.5 juta
  • Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan telah mengeluarkan arahan tersebut pada Khamis setelah hakim mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut.

Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak, Rosmah Mansor Diarah Bela Diri
Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak, Rosmah Mansor Diarah Bela Diri

Memberi keterangan secara bersumpah

Rosmah yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Pendakwaan tersebut telah diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Rosmah diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh.

Hakim juga menetapkan sembilan hari untuk pembelaan iaitu pada 9, 10, 15, 16, 17, 22 dan 23 Jun serta 12 dan 15 Julai untuk kes tersebut selepas tarikh tersebut dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Walaubagaimanapun, Rosmah pada 15 Nov 2018 telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak, Rosmah Mansor Diarah Bela Diri

Meminta suapan untuk dirinya sendiri sebanyak RM187.5 juta

Bagi pertuduhan yang pertama, beliau didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri sebanyak RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas Pegawai Khasnya, Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada Saidi.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perbuatan Rosmah itu didakwa dilakukan di Sunway Putra Mall, Jalan Putra, antara Mac dan April 2016.

Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak, Rosmah Mansor Diarah Bela Diri

Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta

Bagi pertuduhan kedua pula, Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin sebagai upah membantu Jejak Holdings mendapatkan projek itu di kediamannya di Jalan ‪Langgak ‪Duta, ‪Taman ‪Duta, pada 7 September 2017.

Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa pada 20 Disember 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kredit: Astro Awani

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PM Cadang Individu Tolak Vaksin Bakal Dihadkan Pergerakan, Wajar Atau Tidak Wajar?
Next Article Wanita Punca Pergaduhan Hari Valentine Kini Dicari Oleh Pihak Polis dan KKM Untuk Jalani Ujian COVID-19 Wanita Punca Pergaduhan Hari Valentine Kini Dicari Oleh Pihak Polis dan KKM Untuk Jalani Ujian COVID-19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?