• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Buru Lelaki Curi Motosikal Tak Sampai 15 Saat Di Siburan

Oleh
Aina Musa
15 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Polis Buru Lelaki Curi Motosikal Tak Sampai 15 Saat Di Siburan

Honda C100B lesap hanya dalam 15 saat

Polis Buru Lelaki Curi Motosikal Tak Sampai 15 Saat Di Siburan. Polis kini sedang memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes mencuri sebuah motosikal di Siburan, Sarawak, pada hari Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kes itu pada jam 10.30 malam pada hari kejadian.

“Mangsa seorang lelaki berusia 40 tahun melaporkan bahawa motosikal Honda C100B warna biru miliknya telah dicuri di depan sebuah kedai di Pasar Siburan, Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis Buru Lelaki Curi Motosikal Tak Sampai 15 Saat Di Siburan
Polis Buru Lelaki Curi Motosikal Tak Sampai 15 Saat Di Siburan. Sumber: Majoriti

Jaw Shyong berkata, siasatan polis mendapati suspek adalah seorang lelaki berusia 40-an dengan tinggi kira-kira 160cm.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk memasang kunci tambahan pada kenderaan mereka.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Padawan di nombor 082-862233.

Video mengenai kes ini juga telah tersebar di media sosial sejak hari Khamis yang menunjukkan rakaman CCTV di tempat kejadian.

Berdasarkan video itu, suspek yang memakai topi hitam dan membawa beg sandang kelihatan merayau di sekitar motosikal tersebut yang diparkir di situ.

Lelaki itu kemudian berpusing balik dan dengan cepat melarikan motosikal itu.

Suspek hanya mengambil masa kurang daripada 15 saat untuk melakukan perbuatan itu.

Baca lagi artikel menarik:

Demi Bayarkan Ansuran Motosikal Milik Kekasih, Lelaki Ini Sanggup Curi Mesin Basuh Dan Peti Sejuk
Polis Tahan Tujuh Kanak-Kanak Disyaki Curi Motosikal Di Sibu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wan Fayhsal Desak PMX Ubah Perlembagaan Agar Melayu Islam Saja Boleh Jadi PM
Next Article Pembantu Klinik Swasta Di Kuching Mengaku Bersalah Mencuri Rantai Emas Pesakit

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?