• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Wan Fayhsal Desak PMX Ubah Perlembagaan Agar Melayu Islam Saja Boleh Jadi PM

Oleh
Ismail NA
14 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Pindaan bertujuan untuk mengambil kembali hati orang Melayu

Wan Fayhsal Desak PMX Ubah Perlembagaan Agar Melayu Islam Saja Boleh Jadi PM. Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, telah mengutarakan cadangan yang kontroversial apabila dengan lantangnya mencadangkan agar Anwar Ibrahim mengubah Perlembagaan supaya hanya orang Melayu-Islam yang boleh menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata cadangan tersebut adalah bertujuan untuk memulihkan sokongan orang Melayu di negara ini.

Wan Fayhsal Desak PMX Ubah Perlembagaan Agar Melayu Islam Saja Boleh Jadi PM
Wan Fayhsal Desak PMX Ubah Perlembagaan Agar Melayu Islam Saja Boleh Jadi PM. Kredit foto: Utusan Malaysia

Dengan cara ini, mungkin dapat memulihkan sokongan orang Melayu di negara ini kepada kerajaan campuran pimpinan beliau daripada hanya memperagakan capal, songkok, cium keris, atau bertiwikrama bahasa!

Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

Cadangan Wan Fayhsal adalah tindak balas kepada kenyataan Lim Kit Siang

Perdebatan tentang sama ada orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri menjadi bualan hangat kembali berikutan kenyataan ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang, kepada pelajar Malaysia di United Kingdom bulan lalu.

Dalam ucapannya itu, Lim didakwa telah memberikan contoh di Amerika Syarikat, bagaimana pemimpin berkulit hitam, Barack Obama menjadi presiden Amerika Syarikat selepas 230 tahun penubuhan negara itu, dan berharap agar ia suatu hari nanti bakal menjadi kenyataan jua di Malaysia.

Pandangan ini tentunya telah mendapat kritikan hebat dari pihak pembangkang.

Tiada ayat dalam Perlembagaan yang menyatakan jawatan PM eksklusif untuk Melayu Muslim sahaja

Walau bagaimanapun, anggota parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, yang juga seorang peguam, mempertahankan pendapat ini dengan rasional bahawa tiada kenyataan dalam Perlembagaan yang menghalang individu bukan Melayu-Muslim untuk menjadi Perdana Menteri di Malaysia.

Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa hanya tiga syarat diperlukan untuk seseorang menjadi Perdana Menteri iaitu menjadi Ahli Parlimen, dipersetujui menurut pertimbangan Yang di-Pertuan Agong, serta memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Wan Fayhsal dakwa DAP telah jual mimpi ngeri kepada Melayu sejak puluhan tahun lamanya

Sementara itu, Wan Fayhsal berpendapat, sudah tiba masanya untuk menghentikan pemimpin DAP yang telah puluhan tahun “mengigau dan menjual mimpi ngeri” kepada orang Melayu.

“Inilah saatnya untuk menghentikan pemimpin DAP ini yang telah puluhan tahun mengigau dan menjual mimpi ngeri kepada orang Melayu dan kaum pribumi yang mempelopori perjuangan kemerdekaan tanah air dengan bermandi darah dan air mata melawan penjajah ratusan tahun lamanya,” katanya.

Apa pendapat anda tentang isu ini? Adakah wajar Malaysia memiliki Perdana Menteri bukan Melayu-Muslim pertama suatu hari kelak sekiranya ada individu yang layak, atau ada benarnya kata-kata Wan Fayhsal ini?

Apa-apa pun, kita sebagai rakyat perlu bijak mengenal pasti dan menilai mana satu perkara yang benar-benar perlu dibincangkan atau perkara yang hanya mengeruhkan keharmonian yang telah kita bina bersama-sama menjadi sebuah negara berbilang bangsa bernama Malaysia.

Lagi artikel menarik untuk anda:

Tuntutan MA63: Kerajaan Setuju Serah Semula 55 Tanah Kepada Sabah Sarawak
Rakyat Sarawak Berketurunan Campuran Boleh Mohon Status Bumiputera Mulai 1 November 2023 Ini
SUMBER :Malaysiakini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemohon Sarawak Malaysia Rumah Keduaku SM2H Bakal Peroleh Visa Dengan Lebih Cepat
Next Article Polis Buru Lelaki Curi Motosikal Tak Sampai 15 Saat Di Siburan Polis Buru Lelaki Curi Motosikal Tak Sampai 15 Saat Di Siburan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?