• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Sahkan Tiada Kes Culik Berlaku Di Sekolah Rendah Daerah Simunjan

Oleh
Husna Hazmi
4 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Polis telah mengesahkan tiada kes culik berlaku.

Polis Sahkan Tiada Kes Culik Berlaku Di Sekolah Rendah Daerah Simunjan. Baru-baru ini, terdapat banyak kisah penculikan yang dikongsi luas di media sosial. Pelbagai gambar dan video kanak-kanak dikongsi dengan mengatakan mereka ini diculik atas tujuan penjualan organ.

Namun, setelah disiasat oleh pihak polis, gambar dan video yang tular itu adalah palsu dan telah mendatangkan kerisauan serta ketakutan di kalangan masyarakat.

Polis Sahkan Tiada Kes Culik Berlaku Di Sekolah Rendah Daerah Simunjan
Polis Sahkan Tiada Kes Culik Berlaku Di Sekolah Rendah Daerah Simunjan

Polis mengesahkan tiada kes penculikan

Semalam pula, terdapat laporan dibuat di Simunjan mengenai kes penculikan seorang murid sekolah rendah di daerah Simunjan. Dilaporkan hasil daripada siasatan, pihak polis telah mengesahkan tiada cubaan menculik di daerah tersebut.

Menurut Pemangku Ketua Polis Simunjan ASP Honchin Ludu, pada 3 Oktober 2022, seorang wanita berusia 31 tahun telah membuat laporan kepada pihak polis mengatakan anak perempuannya yang berusia 9 tahun mendakwa seorang lelaki dan wanita yang tidak dikenali cuba menculiknya di luar sekolah.

Siasatan lanjut mendapati kejadian tersebut didakwa berlaku di kawasan luar selepas tamat waktu sekolah di mana kawasan tersebut dipenuhi kenderaan ibu bapa yang mengambil anak-anak mereka.

Polis Sahkan Tiada Kes Culik Berlaku Di Sekolah Rendah Daerah Simunjan

Mengenal pasti saksi penting

Polis juga telah mengambil tindakan dengan mengenal pasti saksi penting termasuk pengadu, mangsa, rakan mangsa, pengawal keselamatan sekolah dan juga orang yang berada di sekeliling kejadian. Semua saksi telah mengesahkan kejadian tersebut tidak berlaku seperti apa yang dilaporkan.

Oleh demikian, ASP Honchin menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar yang boleh menganggu ketenteraman awam.

Berita palsu yang boleh menganggu ketenteraman awam boleh didakwa di bawah Seksyesn 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam masa yang sama juga, beliau meminta agar orang ramai memaklumkan segera kepada pihak polis jika terdapat individu yang mencurigakan di sekolah atau kawasan kejiranan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Simunjan di talian 082-803794.

Sebelum ini, pihak polis telah mengesahkan berita palsu mengenai kes penjualan organ kanak-kanak yang tular:

Buat Masyarakat Risau, Mesej Tular Jual Organ Kanak-Kanak Adalah Palsu
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cubaan Pecah Rumah Tak Jadi, Pencuri Rembat Kasut Sempat Dirakam CCTV Pemilik Di Sabah Cubaan Pecah Rumah Tak Jadi, Pencuri Rembat Kasut Sempat Dirakam CCTV Pemilik Di Sabah
Next Article Tular Video Wanita Sarawak Panggil Ikan Tembakul Tepi Sungai Dengan Panggilan Mak Kundur

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?