• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ugut Lempar Kucing Peliharaan Ke Sungai, Penculik Minta Wang Tebusan Sebanyak RM6K Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
7 September 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Ugut Lempar Kucing Peliharaan Ke Sungai, Penculik Minta Wang Tebusan Sebanyak RM6K Di Kuching

Kejadian berlaku di Taman Kwan Ming, Kuching, Sarawak

Ugut Lempar Kucing Peliharaan Ke Sungai, Penculik Minta Wang Tebusan Sebanyak RM6K Di Kuching. Bagi ramai individu, haiwan peliharaan adalah sebahagian daripada keluarga mereka dan akan dilayan seperti ahli keluarga yang lain. Oleh itu, ramai pemilik haiwan yang tidak dapat membayangkan hidup tanpa haiwan peliharaan mereka.

Apa yang lebih membuat pemilik haiwan tidak tenteram adalah apabila mereka dapat tahu apabila kucing mereka dilarikan orang sehingga menjadi tebusan.

Ugut Lempar Kucing Peliharaan Ke Sungai, Penculik Minta Wang Tebusan Sebanyak RM6K Di Kuching
Ugut Lempar Kucing Peliharaan Ke Sungai, Penculik Minta Wang Tebusan Sebanyak RM6K Di Kuching

Kucing peliharaan tiba-tiba hilang, rupa-rupanya diculik

Itulah yang dilalui oleh pemilik kucing di Taman Kwan Ming, Kuching Sarawak terpaksa menanggung sedih selepas mengetahui kucing peliharaan kesayangannya telah diculik.

Menerusi perkongsian Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association pemilik kucing tersebut menyedari kehilangan kucing pada jam 11.00 pagi bertarikh 1 September 2022 lalu. Turut difahamkan kucing miliknya telah hilang di kawasan rumahnya sendiri di Taman Kwan Ming.

Sedar kucing peliharaannya hilang, pemilik telah memuatnaik satu poster mengenai kehilangan dan pencarian kucing di laman Facebook miliknya. Tidak lama kemudian pemilik menerima sebuah mesej Whatsapp dari nombor yang tidak dikenali.

Ugut Lempar Kucing Peliharaan Ke Sungai, Penculik Minta Wang Tebusan Sebanyak RM6K Di Kuching
Sumber gambar: FB Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

Penculik kucing minta wang tebusan sebanyak RM6,000

Dalam perbualan mesej Whatsapp, individu yang tidak dikenali mengaku menculik kucingnya dengan menyertakan gambar dan video kucing miliknya setelah diminta bukti oleh pemilik tersebut. Gambar dan video yang dihantar persis seperti kucing miliknya.

Penculik turut mengugut pemilik untuk buang kucing peliharaannya ke dalam sungai jika tidak menghantar wang tebusan sebanyak RM6,000 kepadanya. Penculik turut sertakan nombor akaun Hong Leong Bank Berhad atas nama Chen Chew Swee.

Penculik tersebut memberitahu kepada pemilik bahawa dia akan memaklumkan alamat menuntut kuching tersebut setelah pemilik membayar wang tebusan sebelum jam 6.00 petang pada 3 September 2022.

Ugut Lempar Kucing Peliharaan Ke Sungai, Penculik Minta Wang Tebusan Sebanyak RM6K Di Kuching
Sumber gambar: FB Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

Laporan polis turut dibuat pada keesokan hari pemilik menerima ugutan tersebut

Tidak mempunyai wang sebanyak yang diminta penculik tersebut, pemilik menawarkan wang sebanyak RM200 tetapi telah ditolak oleh penculik tersebut. Risau dengan keadaan kucing peliharaanya, pemilik telah membuat satu laporan polis keesokan harinya di Balai Polis Sekama, Kuching.

Namun, jawapan dari pihak polis menghampakan pemilik dan memandang enteng terhadap kes tersebut.

Menurut pemilik Pegawai Penyiasat yang bertugas menasihatkan supaya pemilik tidak perlu bersusah payah menebus kucing yang diculik dan berjanji akan mendapatkan kucing baharu kepada pemilik.”

Tambah pemilik tersebut, pihak polis turut menjelaskan kepadanya bahawa siasatan kes ini agak sukar memandangkan pihak bank hanya boleh bagi info pemilik akaun selepas tiga bulan dari tarikh siasatan.

Ugut Lempar Kucing Peliharaan Ke Sungai, Penculik Minta Wang Tebusan Sebanyak RM6K Di Kuching
Sumber gambar: FB Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

Kerana rasa sayang kepada kucing kesayangannya, pemilik juga telah ke MCMC di iCom Square untuk jejak nombor telefon penculik yang dikatakan sukar dikesan oleh pegawai penyiasat. Namun apa yang diberitahu, pihak MCMC hanya boleh berurusan dengan pegawai penyiasat sahaja.

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia, kes jenayah culik kucing yang melibatkan wang tebusan ribuan ringgit ini merupakan kes pertama di Malaysia. Jelas mereka, jenayah penculikan kucing juga perlu diberi perhatian serius dan perlu dianggap janayah berat memandangkan ia melibatkan nyawa, wang ringgit, emosi pemilik dan keselamatan jangka panjang semua pihak.

Tular penunggang motorsikal langgar lari di Pending, kini diberkas polis. Rupa-rupanya miliki 12 rekod jenayah lampau. Baca pautan di bawah:

Miliki 12 Rekod Jenayah Lampau, 2 Lelaki Naik Motorsikal Tak Tentu Hala Di Pending Diberkas

Terlalu Cintakan Negara, Lelaki Di Sandakan Ini Sanggup Cat Rumah Corak Jalur Gemilang
SUMBER :FB Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pamer Keindahan Gurun California, Pianis Sarawak Lancar Muzik Video Bertaraf Antarabangsa
Next Article Apo’s Noodle, Pilihan Terbaharu Mi Kolok Dan Mi Kampua Sedap Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?