• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Port Makan Kegemaran Lokal, Madam Tang Sediakan Variasi Makanan Enak Untuk Anda

Oleh
Husna Hazmi
27 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Sedar tak sedar, Madam Tang Petanak ni sudah berusia 17 tahun dah!

Port Makan Kegemaran Lokal, Madam Tang Sediakan Variasi Makanan Enak Untuk Anda. Popular dikalangan penduduk lokal, kafe Madam Tang ini menyediakan pelbagai menu menarik resepi asli dari Sarawak buat anda.

Dibawa oleh pihak Tourism Malaysia untuk menikmati mi kolok di sini, pihak kami berasa amat gembira kerana Madam Tang ini memang merupakan salah satu kafe kegemaran penulis sendiri.

Port Makan Kegemaran Lokal, Madam Tang Sediakan Variasi Makanan Enak Untuk Anda
Port Makan Kegemaran Lokal, Madam Tang Sediakan Variasi Makanan Enak Untuk Anda. Kredit gambar: FB Madam Tang’s Cafe

Sudah beroperasi selama 17 tahun

Mula beroperasi pada tahun 2005, kafe Madam Tang di Jalan Petanak adalah cawangan pertama mereka dan kini mereka sudah berkembang kepada banyak cawangan di Kuching.

Walaupun sudah beroperasi selama 17 tahun, Madam Tang masih lagi mengekalkan keenakan rasa makanan yang disediakan terutamanya pada dua Signature Dish mereka iaitu Mi kolok daging (Premium Beef Noodle) dan Laksa Sarawak.

Port Makan Kegemaran Lokal, Madam Tang Sediakan Variasi Makanan Enak Untuk Anda
Kredit gambar: I Love Borneo
Port Makan Kegemaran Lokal, Madam Tang Sediakan Variasi Makanan Enak Untuk Anda
Kredit gambar: I Love Borneo

Cuba dua menu lazat kegemaran penduduk lokal di sini

Uniknya mi kolok daging di sini adalah ia direka khas daripada resepi keluarga pemilik restoran ini dan daging yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan dimasak empuk sehingga cair dimulut apabila dimakan.

Bagi Laksa Sarawak di sini pula, kuahnya tidak terlalu berlemak dan berat membuatkannya menjadi salah satu menu terbaik buat sarapan pagi. Untuk pengetahuan anda, laksa Sarawak ini ada pelbagai jenis bergantung dengan cara masakannya, ada yang lebih suka kuah laksa yang pekat dan ada yang suka kuah laksa yang tidak berapa pekat, light light sahaja.

Port Makan Kegemaran Lokal, Madam Tang Sediakan Variasi Makanan Enak Untuk Anda
Kredit gambar: I Love Borneo

Menu lazat lain yang anda mesti cuba

Selain daripada dua menu istimewa ini, ada banyak lagi menu lazat yang sesuai dimakan terutamanya untuk sarapan pagi seperti Kaya Butter Toast, Nasi Lemak Sambal Sotong, Smoked Duck Laksa, Prawn Wonton Soup, Lemongrass Chicken Noodle, Homemade Meat Roll dan lain-lain.

Untuk hidangan minumannya pula, anda perlu cuba White Lady, Lychee Lime Crush dan semestinya Kopi Tarik mereka.

Bagi yang belum pernah lagi jejak kaki ke Madam Tang, anda perlu singgah ke kafe kegemaran lokal ini sekarang jika anda ingin menikmati makanan enak dan memuaskan!

Lagi port makan padu di Kuching buat anda:

Restoran Dapur Melanau Di Metrocity Ini Menyajikan Menu Asli Kaum Melanau Di Kuching
Ada Set Talam Sotong Gergasi, Anda Perlu Cuba Hidangan Lazat Ini Di Area24 Kuching
SUMBER :FB Madam Tang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dukung Ekonomi Gelandangan, Stesen Petronas Sarawak Bantu Komersial Produk Kraf Tangan Mereka Dukung Ekonomi Gelandangan, Stesen Petronas Sarawak Bantu Komersial Produk Kraf Tangan Mereka
Next Article Port Terbaru Untuk Kaki Foto, Anda Wajib Serbu Muzium Selfie Pertama Di Kuching Ini Port Terbaru Untuk Kaki Foto, Anda Wajib Serbu Muzium Selfie Pertama Di Kuching Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?