• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Oh Tidak! Seekor Burung Enggang Di Miri Mati Akibat Renjatan Elektrik Ketika Cari Tempat Bersarang

Oleh
ILB - AI
25 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Oh Tidak! Seekor Burung Enggang Di Miri Mati Akibat Renjatan Elektrik Ketika Cari Tempat Bersarang

Seekor burung enggang mati dua hari lepas akibat renjatan elektrik

Oh Tidak! Seekor Burung Enggang Di Miri Mati Akibat Renjatan Elektrik Ketika Cari Tempat Bersarang. Dukacita dimaklumkan bahawa seekor burung enggang betina telah mati dua hari lepas apabila ia direnjat elektik ketika mencari sarang. Burung enggang terbabit, atau juga digelar ‘Alice’ direnjat elektrik secara tidak sengaja di sebuah pusat komersial di Miri.

Menurut laporan, Alice dan pasangannya, Anthony, sedang bersedia untuk bertelur – kali kedua untuk pasangan burung ini – apabila kejadian sedih itu berlaku.

Oh Tidak! Seekor Burung Enggang Di Miri Mati Akibat Renjatan Elektrik Ketika Cari Tempat Bersarang
Oh Tidak! Seekor Burung Enggang Di Miri Mati Akibat Renjatan Elektrik Ketika Cari Tempat Bersarang

Dipercayai terbang dari Kem Piasau ke pusat komersial Lutong

Alice dan Anthony dipercayai terbang dari Kem Piasau ke sebuah pusat komersial di Lutong – berhampiran New World Mart – di mana Alice ditemui mati akibat renjatan elektrik.

Berita ini turut menyedihkan ramai orang, terutamanya Piasau Camp Miri Nature Park Society (PCMNPS).

Menurut pengerusi PCMNPS, Datuk Sebastiang Ting, kejadian ini telah mendorong pihak mereka untuk mencadang kepada Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) agar menggunakan kotak sarang tiruan untuk burung-burung enggang yang ingin bersarang di kawasan kem.

Oh Tidak! Seekor Burung Enggang Di Miri Mati Akibat Renjatan Elektrik Ketika Cari Tempat Bersarang
Burung enggang dipasangkan seumur hidup. Jika pasangan seekor burung enggang mati, pasangan yang masih hidup akan mengambil masa yang lama untuk mencari pasangan baru. Kredit: Piasau Nature Reserve

“Ia adalah perkara biasa untuk burung enggang untuk mencari sarang baru untuk bertelur dan oleh itu mereka akan terbang mencari-cari.”

katanya.

Beliau juga mengatakan persatuan berkenaan akan berbincang dengan SFC mengenai kemungkinan memasang kotak sarang tiruan secepat mungkin agar perkara sebegini tidak berulang.

“Di Kem Panaga, Kuala Belait, Brunei, sebuah projek kotak sarang burung enggang dimulai oleh sepasukan penyelidik pada tahun 2000, untuk mengatasi kekurangan tempat bersarang di kawasan tersebut. Projek itu terbukti berjaya dengan peningkatan kadar pembiakan di antara burung enggang di sana. Kita harus menerapkannya sebagai model pembelajaran.”

ujarnya lagi.
Oh Tidak! Seekor Burung Enggang Di Miri Mati Akibat Renjatan Elektrik Ketika Cari Tempat Bersarang
Kotak sarang tiruan seperti ini akan dicadangkan agar burung-burung enggang boleh bersarang dalam keadaan selamat. Kredit: BEST Society

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Takziah, Bapa Atlet Renang Olimpik Malaysia Welson Sim Meninggal Dunia Takziah, Bapa Atlet Renang Olimpik Malaysia Welson Sim Meninggal Dunia
Next Article Pos Laju Tawar Penghantaran Udara Dengan Kadar Serendah RM6 Per KG Buat Usahawan Sabah Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?